Tuesday, August 7, 2018

*KAEDAH MENYIMPAN DAGING KORBAN YG BETUL*


_*Agar tetap terjaga kualitinya_*

1. *JANGAN CUCI DAGING KORBAN SEBELUM DISIMPAN*
Sebelum disimpan, daging korban *jangan dicuci*. Jika dicuci guna air paip, kuman2 boleh masuk dan tinggal di dalam daging. Itu akan merosakan kualiti daging. Mencuci hanya dibuat apb daging berkenaan hendak dimasak pd keesokan harinya.

2. *JANGAN SIMPAN DAGING DALAM KUANTITI YG BANYAK KE DALAM FREZER*
Jika dapat daging banyak, jangan simpan daging keseluruhan 2-4 kg di dalam freezer. Cara yg betul ialah dgn memotong daging berukuran lebih kecil, kemudian simpan di dalam *plastik-plastik berukuran 1/2 kg atau 1 kg*. Jika hendak masak, ambil satu plastik yg kecil sahaja, biarkan yg lain tetap beku di dalam freezer. InsyaAllah daging dalam keadaan beku dapat disimpan lebih 1 thn.

3. *JANGAN TERUS SIMPAN DAGING KE DALAM RUANG SEJUK BEKU/FREEZER.*
Sebelum disimpan di freezer, simpan daging terlebih dahulu di dalam peti ais ruang biasa selama *4-5 jam*. Setelah daging itu sejuk, baru dimasukkan ke dalam  kompartmen sejuk beku/freezer.

4. *JANGAN CAIRKAN DAGING BEKU DGN MENGUNAKAN AIR PANAS*
Jika hendak memasak daging beku, *jangan* mencairkan ais dlm daging atau daging yg beku menggunakan air panas. Cara yg betul adalah meletakkan daging beku tsb di bawah *air paip suhu normal* (dalam keadaan daging masih terbungkus rapat dalam plastik). Setelah daging kembali empuk, buka plastik, cuci daging hingga bersih, toskan, dan daging sedia utk dimasak.

5. *Tips tambahan*
Jangan memakai plastik warna hitam krn plastik warna hitam itu adalah hasil recycle. Ia mengandungi karsinogen yang dapat memicu sel kanker. Gunalah sarunh plastik putih atau plastik lutsinar ber-seal....!!! 

Baarakallah
Semoga memberi manfaat

Monday, August 6, 2018

zon pecah otak

*ZONE PECAH OTAK*

1.} Satu-satunya Baju yang kelirukan kita ialah - Baju Kemeja Sebab kita tidak tahu ia "Baju Ke Meja"

2.} Tahukah anda - jari tangan Manusia Normal hanya mempunyai 8 sahaja.
Lagi Dua Tu Jari Hantu...

3} Sebab apa siput babi bergerak slow...   Sebab dia sedang berfikir dia Siput ke Babi...

Sekian untuk hari ini.....
Jangan stress2..
🤣😂🤣😂🤣😂🤣

suami vs isteri

Isteri mintak izin dengan suami nak belajar berenang,

Isteri : "Bang, nak  belajar berenang la.. slim sikit body ni.."

Suami : "Tak yah mengarut la. Ikan paus tu hari-hari berenang non stop tak kurus pun.. gemok gitu jugak."

Kebetulan si isteri nak keluar ke kedai nak beli barang dapur. Si suami tetiba menyampuk pulak,

Suami : "Beli buah 2, 3 jenis ye.."

Isteri : "Nak buat apa?"

Suami : "Nak makan la. Buang toksin bior sihat sikit. Kulit pun comel kalau makan buah-buahan ni."

Isteri : "Ahh! Tak payah berangan.. kera dalam hutan tu hari-hari makan buah. Hodoh gitu jugak.."

Suami : 😨😣😣

✌😃 Hilangkan stress je okay. 😆😆😆😆😆

Sunday, August 5, 2018

jadi lah pembersih

Masa tu Malaya pun belum merdeheka lagi. Tapi kasut sekolah kami mesti putih. Hari pertama sekolah tiap minggu cikgu periksa kasut. Ada secalit lumpur pun dia akan pijak kaki. Sakitnya tu sampai petang.

Datang sekolah ikut denai tengah padang lalang. Kongsi jalan dengan rombongan nangoi. Kalau nak putih jugak maka sidailah kasut tu kat bahu. Basuh kaki kat telaga cikgu.

Kapur kasut buat dari kulit kerang. Bakar sampai rangup. Rendam dalam air. Dapatlah kapur. Harapkan Mak nak beli...dia pergi pekan pun dua minggu sekali. Kalau terlupa, tunggu dua minggu lagi. Jimat duit sekupang.

Asyik main galah panjang, lupa basuh kasut. Lepa sajalah kapur tu kat kasut. Dah tu diang kat tungku dapur.

Kalau Mak tahu maka kayu api akan singgah di tengah belikat. Sakitnya pulak hanya Allah yang maha mengetahui. Kenapa begitu sekali? Tak pernah pulak Mak cerita pasal kuman, virus dan kulat kalau kasut tu kotor.

Mak bapak zaman ni tak benarkan anak basuh kasut. Bimbang anak depa letih. Mak nak basuh sendiri tak sempat pulak. Mohonlah tukar warna. Alhamdulillah dah lulus pun.

Penat saja nabi ajar pasal bersih. Tapi umatnya tetap menyembunyikan kekotoran disebalik kegelapan.

elaun kola utk semua pekerja di malaysia

*Terbaik BR1M RM500 setiap bulan*👇

UNTUK SEBARAN SEGERA

Program Bantuan Masyarakat

*ELAUN SARA DIRI/COLA UNTUK RAKYAT MALAYSIA BAGI MENGGANTIKAN BAYARAN BR1M 2018. BERITA BARU BAIK UNTUK SEMUA RAKYAT MALAYSIA. PEKELILING JPM18/031*

Kerajaan selepas mesyuarat kabinet pada 7 hb jun 2018 telah bersetuju memberi Elaun Sara Hidup/COLA tanpa mengira pangkat dan tempat bertugas kepada semua rakyat Malaysia sama ada berkerja dalam bidang *sektor awam, pesara, swasta, berkerja sendiri dan warga emas.* Sejumlah bayaran sebanyak _RM500.00_ setiap bulan ( bersamaan RM6,000.00 setahun ) akan berkuakuasa pada bulan *ogos 2018* bagi menampung kenaikan harga minyak dan barang-barang.

Langkah yang diambil ini bagi menjamin keharmonian rakyat Malaysia dan menggelakan kekecohan yang berlaku semasa pembayaran BR1M 2018 peringkat pertama yang lepas.

Bermulanya dengan pembayaran Elaun COLA ini kepada semua rakyat tanpa memilih ketogari tangga gaji, dengan ini kerajaan menggumumkan program Bantuan Rakyat 1Malaysia ( BR1M ) *DIMANSUHKAN* berkuatkuasa serta-merta.

Elaun COLA ini boleh dituntut
disemua pejabat pos atau BSN/i diseluruh
negara mulai jam 1pm - 4pm pada setiap hari
*kecuali Jumaat, Sabtu dan Ahad serta hari kelepasan am.*

Setiap rakyat Malaysia yang berkelayakan hanya dibenarkan membuat tuntutan Elaun COLA hanya *satu ( 1 ) kali setiap bulan* pada mana-mana tarikh dan masa seperti yang dinyatakan pada perenggan di atas.

Dengan cara kaedah pembayaran yang telah ditetapkan ini, dapat menggelakkan kesesakkan di pusat-pusat penebusan Elaun Cola dan memberi lebih peluang kepada semua rakyat Malaysia merancang kewangan mereka.

Sila rujuk syarat berikut ;

🔘Kakitangan awam perlu menunjukkan kad pengenalan diri jabatan dan bagi pekerja sektor swasta perlu menunjukkan kad perkerjaan (pas kerja) untuk mendapatkan borang permohonan dan wang akan dibayar selepas penyerahan borang lengkap berserta dengan syarat-syarat berikut:-

1. _Surat Perlantikan Kerja - Original_

2. _Surat Pengesahan Kerja - Original_

3. _Surat Akuan Majikan ( tempat terakhir masa bekerja) bagi yang telah berhenti kerja melalui skim VSS,MSS dan lain-lain sebab pemberhentian melainkan diberhentikan atas sebab-sebab displin._

4. _Dan 80 penutup botol Coca Cola baru sesuai dengan namanya Elaun Cola._

Ooo,Ooo
..kalau pasal duit,semua sanggup baca sampai habis.....

tikus vs kelawar

◆ 🐀🐀🐀🐀🐀
Seekor ibu tikus dengan anaknya sedang bercerita di pematang di tengah sawah.
Tiba-tiba ada kelawar terbang di atas mereka.
Anak tikus ketakutan, lalu bertanya : "ibu , apa itu yang sedang terbang di atas kita ??'
Ibu tikus : " ooo itu, kelawar namanya.."
Anak tikus : "tapi mukanya mirip dengan kita??"
Ibu tikus : " sebenarnya dia sebangsa dengan kita nak..
cuma dia ambil jurusan *Penerbangan.....*
sedangkan kita Pertanian..!
😂😂😂😂😂😂

p/s - jangan stress...😁✌

Saturday, August 4, 2018

perbaiki hati

Assalamualaikum
dan Selamat Pagi

اللهم صلى على سيدنا محمد وعلى آله واصحابه وسلم

Setiap hari yang datang adalah hari yang berharga.

Semoga kita senantiasa berada dalam rahmat, taufik dan hidayah Nya

Perbaikilah HATI. Hati yang baik adalah harapan untuk ke syurga

Segala puji bagi Allah, Tuhan sekelian alam. Selawat serta salam buat junjungan mulia Nabi Muhammad SAW keluarga serta para sahabat dan pengikut yang istiqamah menuruti baginda hingga ke hari kiamat

TANDA-TANDA ANDA SUDAH MENJADI HAMBA DUNIA:

1. Anda tidak bersiap-siap saat waktu solat akan tiba.

2. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun membuka lembaran Al-Qur'an lantaran Anda terlalu sibuk.

3. Anda selalu berfikir setiap waktu bagaimana caranya agar harta Anda semakin bertambah.

4. Anda marah ketika ada orang yang memberikan nasihat bahawa perbuatan yang Anda lakukan adalah haram.

5. Anda terus menerus menunda untuk berbuat amal soleh. “Aku akan mengerjakannya besok, nanti dan seterusnya.”

6. Anda sangat kagum dengan gaya hidup orang-orang kaya.

7. Anda selalu bersaing dengan orang lain untuk meraih cita-cita duniawi sehingga terabaikan amal ibadah

8. Anda tidak merasa bersalah saat melakukan dosa-dosa kecil.

9. Anda tidak mampu untuk segera berhenti berbuat yang haram, dan selalu menunda bertaubat kepada Allah.

10. Anda tidak kuasa berbuat sesuatu yang diredhai Allah sekiranya perbuatan itu boleh mengecewakan orang lain.

11. Anda sangat menumpukan perhatian terhadap harta benda yang sangat ingin Anda miliki.

12. Anda merencanakan kehidupan hingga jauh ke hadapan.

13. Anda menjadikan aktiviti belajar agama sebagai aktiviti pengisi waktu luang saja, setelah sibuk berkerjaya

14. Anda memiliki teman-teman yang kebanyakannya tidak mengingatkan Anda kepada Allah.

15. Anda hanya menilai orang lain berdasarkan status sosialnya di dunia.

16. Anda melalui hari ini tanpa sedikit pun memikirkan kematian, bahkan anda benci pada mati dan tidak ingin memikirkannya

17. Anda meluangkan banyak waktu sia-sia melakukan sesuatu yang tidak bermanfaat bagi kehidupan akhirat.

18. Anda merasa sangat malas dan berat untuk mengerjakan suatu ibadah.

19. Anda tidak kuasa mengubah gaya hidup Anda yang suka berpoya-poya, walaupun Anda tahu bahawa Allah tidak menyukai gaya hidup seperti itu.

20. Anda diberi nasihat tentang bahaya memakan harta riba, akan tetapi Anda beralasan bahawa beginilah satu-satunya cara agar tetap bertahan di tengah kesulitan ekonomi.

21. Anda ingin menikmati hidup ini sepuasnya-puasnya

22. Anda sangat perhatian dengan penampilan luaran Anda.

Sesungguhnya Islam ini pada mulanya asing dan akan kembali asing, maka untung bagi orang2 yang asing.

Wahai JIWA2 yang TENANG... 😞

SENYUM....💕💕💕 😃😃😃

•══◎◎♡◎◎══•

رَبِّ اغْفِرْ لِيْ وَلِوَالِدَيَّ وَارْحَمْهُمَا كَمَا رَبَّيَانِيْ صَغِيْرًا

Ya Allah, ampunilah aku dan kedua orang tuaku, serta berilah rahmat kepada kedua-duanya, sebagaimana mereka mendidikku pada waktu kecil. Amin.

•══◎◎♡◎◎══•
🎋سبحان الله 🌻الحمد لله🌺لا اله إلا الله 🌼الله اكبر🎋