Saturday, July 21, 2018

KISAH MANAGER HOTEL YANG JUJUR MENYIMPAN RAHSIA.

Pada suatu hari di bulan Mac tepatnya 9hb. Sebuah hotel di daerah Kinta didatangi seseorang.....

Tamu    : "Apakah bilik no 39 masih kosong...?"

Bellboy : "Kosong lagi encik..!"

Tamu    : "Boleh saya menyewa bilik itu untuk satu malam...?"

Bellboy : "Tentu encik...!"

Setelah membooking bilik tersebut si tamu berjumpa manager hotel untuk minta 3 benda iaitu sebilah pisau berwarna hitam, benang putih panjang 59 cm dan warna orange 79 cm. Meskipun agak aneh tapi manager hotel bersedia memenuhi permintaan sang tamu...

Tapi kerana hairan sangat manager pun akhirnya masuk kebilik no. 40 tepat di sebelahnya. Diapun menunggu, tidak tidur. Akhirnya tepat tengah malam terdengar suara-suara aneh dari dalam bilik no 39. Terdengar suara merintih, piring pecah, dan hentaman hentaman di dinding...

Setelah pagi si tamu pun berkemas menuju lobi hotel untuk cek-out dan tak lupa memberi tips yang lumayan besar kepada bellboy...

Manager hotel yang kehairanan akhirnya menceritakan semuanya dan mengajak bellboy untuk memeriksa kamar no 39 dan ternyata semuanya rapi, tak ada satu benda pun yang rosak...

Dalam hati dia bertanya apa yang dilakukan oleh tamu itu...?

Setahun berlalu dan tepat 9hb Mac tahun berikutnya si tamu itu datang lagi. Memesan bilik no 39, meminta sebilah pisau hitam, benang putih 59 cm dan orange 79 cm. Manager yang masih kehairanan kembali masuk ke bilik sebelah.   Dan tengah malam itu kembali terdengar suara-suara aneh yang serupa. Paginya si tamu bergegas pergi dan tak lupa memberi tips yang besar...

Tahun ke 3, pada tarikh yang sama tamu itu datang lagi, dengan permintaan yang sama. Bilik 39, pisau hitam benang putih dan orange. Dan macam tahun-tahun sebelumnya perkara yang sama berlaku.

Memasuki tahun keempat si manager sudah bersedia. Kali ini dia harus tahu apa sebenarnya yang tamu itu lakukan. Setelah pagi tiba ketika si tamu hendak pergi meninggalkan hotel buru-buru si manager menahannya...

Manager : "Mohon maaf encik apa saya boleh tanya satu hal...?"

Tamu : "Tentu saja. Apa halnya tuan...???"

Manager : "Saya ingin tahu apa yang sedang encik lakukan malam tadi di bilik no 39...?"

Tamu : "Bila saya beritahu tuan, apa tuan berjanji akan menjaga rahsia ini dan tidak memberitahu sesiapapun...?"

Manager : "Ya encik, saya berjanji tidak akan memberitahu sesiapapun tentang hal ini apapun yang terjadi...!"

Dan akhirnya si tamu pun menceritakan apa perkara sebenarnya...

Sayangnya si manager tersebut menepati dan memegang teguh janjinya untuk tidak memberitahukan peristiwa ini kepada sesiapapun mengenai apa yang dilakukan tamu tersebut di bilik 39 hingga sekarang dan tetap dirahasiakannya sampai akhir hayatnya...
Ternyata si manager ini memang ada intergriti. Sampai habis baca kita tidak tahu akan kisah sebenar yang berlaku di dlm bilik tersebut.

TAMAT.

Tuesday, July 17, 2018

kisah pak amir

Pada satu hari, Pak Amir pergi ke hutan untuk mencari kayu api. Pabila lalu kat kawasan tasik, Pak Amir tergelincir dan kapak buruknye terjatuh dalam tasik tu. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir.

Jin Tasik: "Kenapa dengan kau?"

Pak Amir: "Kapak aku terjatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak perak.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak emas.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak berlian.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Tidak, kapak aku buruk sahaja."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama kapak buruk.

Jin Tasik: "Inikah kapak kamu?"

Pak Amir: "Ya, itulah kapak aku."

Jin Tasik suka sikap Pak Amir yang jujur itu lalu memberikan keempat-empat kapak itu kepadanya.

Pada hari yg lain pula. Pak Amir mencari kayu api di sekitar tasik yang sama bersama isterinya. Kali ni isterinye plak yang jatuh ke dalam tasik. Pak Amir susah hati. Maka datanglah Jin Tasik kepada Pak Amir..

Jin Tasik: "Kenapa kau bersedih?"

Pak Amir: "Isteriku jatuh ke dalam tasik."

Jin Tasik pun menyelam dan kembali bersama Nora Danish.

Jin Tasik: "Inikah isteri kau?"

Sambil menangis Pak Amir menjawab... "Ya.."

Jin Tasik pun marah,

"Sungguh ku tak sangka, kau yang jujur satu masa dulu telah menjadi lupa daratan & penipu?"

Sambil menahan pilu Pak Amir menjawab,

"Aku bukan lupa daratan atau penipu...
Kalau aku kata 'tidak' pada Nora Danish... kau akan bawakan pula Erra Fazira... kalau aku katakan 'tidak', kau akan bawakan pula Emma Maembong... kalau aku katakan 'tidak' juga, barulah kau bawakan isteriku... Dan bila aku kata 'ya', kau akan berikan mereka berempat padaku... Aku yang dah tua lg kencing manis ni tak mampu nak tanggung semua..."

Moral of the story...

*jagalah kesihatan... jgn sampai kena kencing manis.... rugi wooo!*.

kurangkan gula dlm minuman...bykkan gula dlm senyuman..

😀😀😀😀
😂!😝!😅

Friday, July 13, 2018

Waspadailah Istri-istrimu

Sri adalah gadis desa yang anggun dan berwajah sedikit cantik dan sedikit manis, tapi dia seorang yang  teramat pintar. Sedangkan suaminya adalah seorang yang berwajah biasa tapi amat peramah dan sedikit don yuan. Dia suka menggoda gadis2 cantik di desanya.

Pada suatu hari Sri pergi ke sungai ingin mencuci baju. Ketika baru saja memulai mencuci, dilihatnya seekor ikan emas yg tersepit di antara bebatuan sdg meng-gelepar2.

Melihat ikan emas tsb,  Sri menghampirinya, namun terjadilah keajaiban si ikan emas bisa bicara: “Kalo kau menolongku, aku akan mengabulkan 3 permintaanmu. Tapi ingat, apa yg kamu minta akan membuat suamimu mendapatkan 10 x lipat dari apa yg kamu minta.”

Sri pun segera menolong ikan tsb dan langsung minta supaya wajahnya cantik.
“Tapi ingat … suamimu akan menjadi 'paling tampan di dunia', yang akan membuat sifat don yuannya akan semakin menjadi-jadi” kata si ikan mengingatkan.

“tiada masalah,” jawab Sri.

"Abrakadabra . . . " dan jadilah Sri wanita yg amat cantik. Begitupun sang suami, menjadi amat-sangat tampan sekali.

Permintaan ke 2, Sri ingin menjadi kaya, “Ingat, suamimu akan 10x lebih kaya, apa kamu tdk takut?” kata   ikan emas tsb.

“Ah, tidak apa2. Kekayaan miliknya itu juga milikku,” jawab Sri  tenang.

"Abrakadabra . . " dan jadilah Sri orang yg kaya. Begitu juga suaminya, kekayaannya 10 x lipat kekayaan Sri.“

"Apa permintaanmu yg ke 3 Sri?” tanya si ikan emas.

“Aku ingin mendapatkan serangan jantung ringan2 saja.”
"Abrakadabra dan jadilah    Sri kena serangan jantung ringan sedangkan suaminya 10x lipat kena serangan jantung n meninggal

Dan jadilah Sri seorang janda cantik yang kaya raya, pewaris harta yang amat banyak.

☝Hati2 lah dengan wanita.

Jika Anda para suami tidak  mau meninggal terkena serangan jantung mendadak, laranglah istri Anda mencuci di sungai. Belikan segera mesin basuh.

1. LG 10KG $490.00
2. Panasonic 10KG $560.00
3.Hitachi 10KG $470.00

Memberus di rumah juga boleh supaya tidak ketemu ikan seperti dalam kisah di atas.

Waspadalah...!!! Waspadalah…!!! Waspadalah….!!!.

🤣🤣🤣🤣🤣🤣

Tuesday, July 10, 2018

*MESEJ-MESEJ YANG HUKUMNYA HARAM*

Mesej berantai dijatuhkan hukumnya *SYIRIK* kerana seolah-olahnya manusia yang berkuasa menentukan *qada* dan *qadar* yang telah ditetapkan oleh Allah SWT.

Contoh mesej mesej berantai :-

1. Sebarkan sekarang. Sekiranya anda tidak menghantar mesej ini, itu bermaksud anda telah dibisikkan oleh syaitan. Terpulanglahhh.......

2. "Sesiapa yang tidak menghantar mesej ni, akan ditimpa musibah" .

3. "Sesiapa yang menghantar mesej ini dalam masa dua jam, orang yang tersayang akan datang ke rumah anda".

4. "Siapa yang mengabaikan mesej ini, anda akan kehilangan orang yang tersayang".

5. "Siapa yang menghantar mesej ini kepada 4 orang, dalam masa 4 jam, anda akan mendapat rezeki yang melimpah ruah".

6. "Hantar mesej ini kepada sekurang-kurangnya 12 orang, anda akan mendapat berita yang baik dalam masa 2 jam",

Ada bermacam-macam lagi mesej dalam bantuk seperti yang di atas yang perlu diabai & *dihentikan segera*.

Senang cerita, ia berkait rapat dengan perjanjian yang berbentuk ganjaran atau musibah yang ditetapkan oleh manusia sendiri.

Manusia adalah tidak layak untuk menjatuhkan sesuatu hukum ke atas sesama manusia melainkan atas sebab-sebab yang tertentu..........

Teguran serta nasihat untuk semua sahabat dan rakan-rakan. Untuk umat islam, mesej berantai begini adalah *HARAM*.......!!!!!!!

*Viralkan biar semua orang tahu.......*

Monday, July 9, 2018

baca betul betul

Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut;

“Vang... vas nih fegi hamfang ke?” (Bang, bas ni pergi Ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu;

“Kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab;

“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak... hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!...”
(Macam mana saya nak jawab... saya pun sengau jugak. Nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)

So... ada 3 org sengau di sini:

Penumpang 1
Pemandu bas
Yang tgh baca ni...
Yg membaca ni pun sengau jugak hahaha...

Hahahahahahaha (jgn marah)... 😜
Larikkkk🏃💨💨💨💨💨💨💨💦💨

Teguran dari Allah.

Buat ibu bapa yang ada anak lambat dapat mengaji quran dan membaca.
Baca lah perkongsian Ustazah Hafizah yang 'ditegur' Allah saat menghadapi kesusahan dalam mengajar anak nya mengaji.

Ustazah Hafizah menceritakan bahawa dia mempunyai seorang anak lelaki yang lambat dapat mengaji.

Kata Ustazah anak nya itu lahir lahir sahaja sudah lemas dan terpaksa duduk di nicu selama seminggu.
Anak itu istimewa sikit kerana lambat boleh bercakap dibandingkan dengan anak anak yang lain.
Lambat boleh bercakap.
Lamabt boleh membaca.
Lambat mengenal huruf.
Lambat membaca quran.

Ustazah ajar setiap hari anaknya tapi dia lambat untuk faham, walau di ajar berkali kali.

Bila anaknya itu ke sekolah, ustazah di sekolah juga berasa sukar untuk mengajar anaknya. Sampai ustazah tanya
" Tak mengaji kat rumah ke?"

Si anak menjawab jujur.
" Mengaji ustazah"

Lalu ustazah ini 'soal siasat' siapa emaknya.
Terkejut ustazah bila tahu ibunya adalah Ustazah Hafizah.

Jadi, bila si anak memberi tahu siapa dirinya, ustazah berasa sedikit tertekan.

Ustazah kata dia malu dan segan. Yelah, anak ustazah tapi baca quran kurang lancar.
Macam mana?

Kemudian ustazah 'push' anaknya setiap hari untuk baca quran dan ustazah menjadi garang.
Sampaikan ustazah kata anaknya menjadi takut kepadanya.

Ustazah ajar berkali kali.
Masih juga tak dapat.
Sampai ustazah jadi frust dan dia berhenti menyuruh anaknya mengaji.

Lalu ketika itu dia membuka quran dan membaca surah yang dibuka secara random.

Surah Ar Rahman

Dialah yang mengajarkan Al-Quran- Ayat 2
.
Jika kita belek tafsir quran maksud adalah

Allah sendiri yang mengajar Qur’an kepada kita, bukan orang lain.
Guru atau ustaz yang mengajar itu hanya menyampaikan sahaja. Tapi yang memberi pemahaman adalah Allah sendiri.

Akhirnya, pemahaman itu dari Allah juga. Kalau Allah tak beri, kita pun tidak dapat.

Kadang-kadang, pengajaran yang diberikan sama, tapi pemahaman anak tidak sama.

Dua orang murid duduk dalam kelas yang sama, 'follow' pembelajaran yang sama, tapi kadang kadang pemahaman mereka tidak sama.
Ini menunjukkan pemahaman itu diberikan oleh Allah.

Ini menunjukkan Allahlah sebenarnya guru yang mengajar.

Ada orang yang Allah mudahkan penerimaan ilmu, namun ada orang laluan menuju ilmu itu terasa gelap dan payah.
.
Jadi ustazah kata, bila dia baca surah itu dia terasa tersentak.
Bagaikan ditegur direct dengan tuhan.

Ustazah rasa bersalah kerana marah anak nya yang lambat faham bila diajar.

Ustazah rasa kesal kerana tidak meminta pertolongan dari Allah untuk memahamkan anaknya.

Kata Ustazah, dalam mengajar anak. Jangan rasa anak akan faham dengan kehebatan kita mengajar.
Tetapi semua itu atas bantuan tuhan-Dia yang memberi kefahaman kepada anak kita.

Sejak hari itu ustazah fokus kepada meminta kepada ALLAH  supaya anak diberi kefahaman.
Ustazah tidak fokus untuk mengajar anak tanpa henti.
Tetapi ustazah kata ajar sedikit sedikit dan banyakkan mengadu dan memohon kepada Allah untuk kefahaman si anak.
.
Lama kelamaan anak ustazah mampu membaca quran perlahan lahan dan akhirnya  sekarang dia menjadi hafiz☺

.

Belajar sesuatu tak?

Kalau ada anak yang lambat begini jangan marah anak kerana lambat faham.
Tetapi sebaliknya mengadu lah pada Allah- Dia memberi faham.

Kita usaha untuk mengajar anak, tetapi dalam masa yang sama jangan hanya berharap kepada kekuatan diri kita sahaja untuk membuatkan anak faham.
Tetapi berharap lah pada Allah untuk membantu kita.

insyaAllah.

._____

Credit: @RahsiaKejayaan
._____

Kelebihan Kahwin Suami Orang.

Tahukah Anda?

Adakah  anda  sudah berkahwin dan mempunyai beberapa orang anak serta tidak mempunyai masalah dalam rumah tangga anda?, jika anda begitu, sebenarnya anda merupakan pilihan yang baik sebagai calon wanita yang belum bersuami.

Seorang   kawan   yang   bekerja   di  kementerian  pelajaran  menceritakan pengalamannya  berurusan  dengan  para  janda  yang enggan berkahwin dengan teruna ataupun duda.

Walaupun  ada  teruna dan juga duda yang berkenan pada mereka, mereka tetap enggan menerimanya. Mereka tetap lebih suka memilih suami orang.

Antara kelebihan kahwin suami orang adalah:

1. Suami   orang   biasanya  penyabar  dan  menilai  tinggi  institusi kekeluargaan.  Mereka  tidak  mudah  melafazkan  kata  cerai dan cuba mencari jalan penyelesaian yang terbaik untuk berkekalan.

2. Suami  orang  makan minumnya terurus rapi. Oleh kerana dah ada orang yang menjaga hal makan minum serta pakaian, maka tidak sukarlah untuk isteri kedua menjaganya.

3. Suami orang sudah tentu berpengalaman dalam menunaikan tanggungjawab batinnya kepada isteri, tentu isteri kedua akan bahagia.

4. Suami  orang lebih baik dari duda yang ada anak. Jika seorang wanita kahwin  duda,  dialah yang akan menjaga anak-anak duda tersebut. tapi jika kahwin suami orang sudah ada orang yang memelihara anak-anaknya.

5. Suami  orang  lebih  baik  dari teruna, kerana suami orang tak perlu senantiasa  tinggal  dirumah janda yang dikahwininya kerana masih ada rumah  lagi satu yang dia perlu pulang sedangkan teruna akan sentiasa tinggal  bersama  janda  yang dikahwininya. Ini membuatkan janda rasa tidak selesa dan lemas melayan teruna.

6. Suami  orang biasanya murah rezeki terutamanya yang ramai anak, jadi bolehlah tumpang rezekinya.

7. Suami orang biasanya tenang dan tidak tergopoh-gapah.

8. Suami  orang  biasanya  tak suka berfoya-foya demi keluarga jadi tak perlu risau bila dia keluar dari rumah kemana-mana.

9. Suami  orang  biasanya  susah nak dapat kerana sentiasa dikawal oleh isterinya. Barang susah dapat biasanya mahal. Jadi suami orang adalah barang  yang mahal. Untuk maklumat hanya 5% daripada lelaki muslim di negara kita yang berkahwin lebih dari satu.

Banyak  lagi  kelebihan berkahwin dengan suami orang. Jika anda masih belum berkahwin  anda  sebenarnya  berada  dalam kerugian yang besar kerana tidak menjadi   pilihan   wanita.  Jadi  pastikan  anda  segera  berkahwin  untuk mendapatkan status sebagai suami orang, pilihan wanita berkerjaya.

Jadilah  suami  orang  yang baik, jadilah ayah kepada anak-anak yang ramai, bersabarlah  dalam  perkahwinan  biar  kekal sehingga mati. Tunaikan segala tanggung  jawab  anda dengan baik. Taatlah kepada agama dan didik anak-anak dengan  sabar.  nescaya  anda  bakal menjadi suami orang yang digilai ramai perempuan.kongsi info dari WB👍🏿👍🏿👁