Friday, October 13, 2017

Joke

JOKE OF THE DAY!!!
A man returns a book to the library,
banged it on the counter and yelled, “I read this entire novel; there are too many names of people and no story at all!”
The Librarian looks up and responds,
“Idiot! So you were the one who took the Attendance book?"
😳😂😂😂😂😂😂😂😂
Don't laugh alone
Do have a nice day.

Thursday, October 12, 2017

Kalau takut jgn baca....hantu seram

Pernah dengar tak kisah arwah Norita yang mati dibunuh di KL dulu? Kuburnya terletak di Utan Aji (tak le jauh dari rumah mak Rita Rudaini) yang kononnya menahan dan menumpang motosikal pemuda2 yang balik waktu malam di kawasan berhampiran kubur Utan Aji (kubur dia di sini). Habis semua pemuda takut nak keluar lewat malam termasuk mat rempit...aman sekejap.

Pada suatu hari (hari khamis petang jumaat) ada seorang pemuda terpaksa balik ke Alor Setar kerana keluarganya mengadakan kenduri arwah. Selesai kenduri lebih kurang pukul 11.00 malam, dia pun terpaksa berangkat balik ke Kangar sendirian walaupun agak lewat kerana keesokkannya dia bekerja ( Jumaat adalah hari bekerja bagi Perlis, tapi Kedah cuti.)

Sampai di Simpang Empat, jam dah menunjukkan pukul 12.00 mlm. Dia membelokkan keretanya ke jalan Tambun Tulang dan membelok masuk ke Hujung Batu. Jalan ni adalah jalan yang hampir untuk ke rumahnya yang terletak di Long Boh. Di pertengahan jalan menuju ke rumahnya, dia pun ternampak seorang perempuan berbaju putih sedang menahan keretanya. Hatinya tergerak pula ingin menolong. Lantas dia pun berhentikan keretanya dan bertanya “Apa halnya cik adik malam-malam buta kat sini?”. ”Abang.. tolong lah saya. Kereta saya rosak ni… Puas dah saya tahan kereta lain. Tapi semuanya tak nak berhenti. Boleh tak tumpangkan saya. Saya nak balik ke Long Boh. Saya boleh bayar berapa abang nak??”. Entah macam mana dia pun tergerak hati nak menolong perempuan berbaju putih yang cantik tu…

" Oklah. Saya pun nak ke Long Boh jugak”, terkeluar dari mulutnya… Tapi hatinya masih lagi was-was… Diapun membuka pintu dan mempelawa perempuan itu masuk. Perempuan tu bukannya nak duduk kat belakang, terus aje duduk di depan sebelahnya. Nak juga ditegur tapi terlalu pantas perempuan tu tutup pintu dan terus lock pintu. Berdegup juga hati lelaki tu. Dia cuba tenangkan dirinya… seolah-olah takde apa yang berlaku. Dia masih lagi membisu kerana menyesal kenapalah dia dengan mudah aje membenarkan seorang perempuan menumpang keretanya di tengah malam buta ni… seorang diri pulak tu…

Tapi yang peliknya, hatinya macam ditarik-tarik supaya menolong perempuan tu… Padahal, dia tu memanglah penakut dengan perempuan! Masing-masing hanya diam membisu beberapa ketika… Tiba-tiba… dia mula merasa seram & meremang bulu roma bila perempuan tu berbau wangi. Dia pun mulalah membaca ayat-ayat suci yang terlintas di kepalanya. Peluh mula membasahi dahinya. Dia makin tak senang duduk .Perempuan tu kelihatan agak bersinar bila kenderaan yang bertembung menyuluh kearah keretanya. Dia pun memberanikan diri dengan menjeling ke arah perempuan tu bila sampai ke selekoh yang tajam. Perempuan tu juga memandang kat dia sambil tersenyum. Menampakkan giginya yang putih… ditambah lagi dengan baju yang dipakainya…

Dia pun beranikan diri dan bertanya…

”kenapa cik adik ni pakai baju putih malam-malam ni??
”ni memang pakaian rasmi saya setiap malam jumaat… ”
” Saya ada kelas yasin… ” jawab perempuan tu
”Tapi.. putihnya lain macam aje… tak pernah pulak saya tengoknya ”
tanya lelaki tu lagi.
”Apa yang lain nya… sama aje. Eh, betul ke tak pernah tengok??”
” Eyea… lain macam aje. seram pulak saya dibuatnya… ”
” Ehh takkan sampai seram… ”

"Bertukarlah kepada Breeze!!!..Breeze mampu bersihkan semua kekotoran degil dan jadikan baju putih bertambah putih...."

Wednesday, October 11, 2017

Kalau dah jantan

Seorang gadis cantik dan seksi yg sedang menanti keretapi MRT kat Bukit Bintang terlihat seorang lelaki lewat usia tapi masih hensem lagi macho sedang duduk di bangku menunggu..  lalu dia berjalan ke arah lelaki itu.. dan menyapa ..

*"Abang ni hensem sungguh .. saya suka ...boleh berkenalan ?? "*

Lelaki itu terperanjat lalu berkata pada gadis itu ..

*" Saudari  ... awak masih muda.. Jangan mengada2 ngorat lelaki otai macam saya .. membazir je. Balik rumah ..fikir elok2 dan tumpu pada pelajaran.. Apa pun .. ini saya tulis doa utk pandai belajar ..Sebelum tidur.. hafal la ayat keramat ini utk masa depan awak ..!! "*

Gadis itu rasa malu dan terus beredar naik MRT.

Setelah sampai asrama universiti .. gadis itu tak lalu makan teringat pd kata2 lelaki tadi...nak tidur pun tak lena .. Malu ada .. kesal pun ada.

Kerana susah nak tidur .. gadis itu ambil kertas yg bertulis doa yg diberikan lelaki itu utk baca .. moga2 dapat bantu dia tidur .. Sambil berbaring .. gadis itu pun baca la kertas itu..yg bertulis ayat keramat berikut ....

*" Saudari jgn marah ... awak mmg cantik dan menawan. Tadi tu.. bini saya ada kat sebelah .. Ni no. handphone saya .. contact la saya bila2 masa ... Saya pun suka awakk..!! "*

*HE HE HE ... KALAU DAH JANTAN TU.. (TAK KIRA USIA) .. TETAP JANTAN NAMA NYER ...*😂😂😂

Monday, October 9, 2017

Peringatan untuk diri sendiri

JANGAN RISAUKAN KATA-KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DENGAN PEMAHAMAN DAN PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Meski terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

*Jangan menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun,* kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan, dan *yang membenci mu tidak akan percaya tentang kebaikan yg masih ada pd dirimu.*

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang *siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.*

Hari ini dan semalam adalah hari yg berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hambaNya.

*Kita Bukan Siapa-Siapa Untuk Menilai Siapa Siapa..*

Eratkan silaturahim,
Walau sekadar berdoa untuk semua kerabat dan sahabatmu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh..
Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut tumbuh....

*Dalam kita melakukan  kebaikan*, kadang-kadang ada yang *buruk turut ikut sama...,* tapi ketika *kita melakukan “ keburukan*, *tidak akan ada kebaikan* ikut serta..

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun kadang-kadang kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.
Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.
Jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat hidup.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.
Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.
Tetapi *kubur TIADA JALAN KELUAR.*

Sentiasa ingat mati dan Buatlah persiapan untuk kematian...

*Peringatan utk diri sendiri dan semua yang sudi baca...☺*

Tuesday, October 3, 2017

Rezeki kerana kasih sayang Allah semata mata

Jika rezeki datang kerana kerja keras, seharusnya orang paling kaya adalah kuli bangunan.

Jika rezeki datang kerana panjangnya waktu kerja, seharusnya warung-warung kopi 24 jam boleh mengalahkan McDonald dan KFC.

Jika rezeki datang kerana kepintaran, seharusnya pensyarah-pensyarah sudah menjadi jutawan.

Jika rezeki datang kerana pangkat, seharusnya para presiden dan raja berada di urutan teratas dari senarai 100 orang terkaya di dunia.

Cumanya, rezeki itu datang kerana kasih sayang Allah...

"Mengejar rezeki jangan mengejar jumlahnya tapi kejarlah barakahnya."

Kenapa kena tutup aurat

Hawa : Assalamualaikum..mak.
Ni ikan yang emak pesan, nak letak kat mana.?

Ibu : Seekor letak bawah tudung saji, seekor lagi letak je dalam pinggan atas meja.

Hawa : Baik mak.

Tak lama selepas tu datang seekor kucing makan ikan di atas meja. Si ibu hanya melihat sambil tersenyum.
Datang si Hawa lalu terkejut..😳

Hawa : Ibu.!! Kucing makan ikan atas meja, kenapa ibu tak halau.

Ibu : (sambil tersenyum) Kenapa nk halau..??

Hawa : Ye..lah, kucing makan ikan yang Hawa beli tu.

Ibu : Biarkan lah, Hawa yg tak tutup ikan tu, bukan salah kucing.
Dia nampak *"rezeki",* jadi dia makan lah.

Hawa : Ibu yang suruh letak mcm tu atas meja, Hawa ikut je..hhmmmmmmm.

Ibu : Hawa, ibu saja je nk suruh Hawa letak ikan mcm tu, kucing tu pun ibu yg bagi masuk.

Hawa : Tapi kenapa..??

Ibu : Dalam hidup ni kita dibagi pilihan. Tapi apa pilihan yang kita ambil, itu kita yg tentukan.

Hawa : Hawa tak paham lah ibu.

Ibu : Kucing itu seperti lelaki (sambil melihat kucing yg tgh sibuk mkn..nyum nyum) dan ikan itu pula ibarat Hawa.

Hawa : Hahahaha..tapi apa maksud ibu..??

Ibu : Hawa beli 2 ekor Ikan, seekor ada bawah tudung saji, elok tak terusik pun oleh kucing, nampak pun tak.
Seekor lagi yg tengah sedap di ratah kucing. Nak marah kucing tu pun tak boleh jugak sebab Hawa yg letak terdedah macam tu. Hawa, Hawa anak ibu selama ini ibu lihat Hawa berpakaian ketat, tudung jarang² pakai.
Hawa sedar tak yg banyak mata lelaki memerhati yang cuba ambil peluang untuk *"meratah"* Hawa. Andai takdir Hawa seperti ikan yg diratah kucing itu, ibu marah *"kucing"* yg dah meratah pun tak guna sebab Hawa sendiri tak jaga apa yang sepatutnya Hawa jaga. Masa tu Hawa sesal pun dah tak guna.
Hawa: Ibuuu 😔..
Ibu : Ibu tak nak marah anak ibu sebab anak ibu syurga ibu, jadi ibu tunjuk dengan cara ni, ibu harap Hawa paham apa yg ibu nk tunjukkan.
Kita kaum wanita, kalau tak jaga diri dan kehormatan diri, jangan marah kalau ada yang ambil kesempatan sebab kita yg bagi peluang.

Hawa : Ibu..maaf kan Hawa sebab buat ibu sedih, mulai hari ini, Hawa akan berubah.
Sebab Hawa nak ke syurga Allah dengan ibu..
Sayang ibu..

Sunday, October 1, 2017

Kisah org kaya raya

WASIAT
-------------

Wasiat Ramasamy terbaring atas katil wad ICU.. Dia mahukn nurse yg merawatinya berada bersamanya utk jadi saksi kpd wasiatnya.

Isterinya..anak perempuan dan dua anak lelakinya juga berada di tepi katilnya..

"Jadi", Ramasamy brkata kpd mrk: "Lingam, bapa mahu kau ambik rumah2 sekitar Jalan Duta ..."

"Saraswathy, kamu ambik alih apartment2 di kwsn Kota Damansara Place..."

"Jega, aku mahu kau ambik alih ruang pjbt2 di KL Central...."

"Letchumany, isteri ku syg..tlg ambik semua taman2 perumahan kwsn Downtown."

Nurse tersebut rasa terkejut dgn wasiat itu dan bila Ramasamy menghembus nafasnya terakhir..dia berkata kpd Isteri Ramasamy... "Mrs. Letchumany, suami awk mesti seorg yg berusaha gigih dan bnyak mnjana harta.. untung Pn berkahwin dgn orang kaya mcm Ramasamy..."

Letchumany menjawab, "Tarrak la nurse.... Itu dia pesan suratkhabar punya area mau kasi hantar saja.."😁😁😁😁.😂😆😃😄😅