Tuesday, May 16, 2017

selamat hari cikgu

*KHAS CIKGU*

*Guru......*

dalam ajarmu ada harapan,
dalam tegurmu ada doa,
dalam marahnya ada sayang,
dalam tawa ada mesranya,
dalam diam ada bijaksana,
dalam tangannya kita terbina.
Berbahagialah menjadi guru...
SELAMAT HARI GURU dan berbanggalah anda adalah seorang guru.

*Guru.....*

Bila murid duduk.. Cikgu berdiri,
Bila murid diseligi.. Cikgu pulak kena gari..
Murid datang naik BMW 7 siri.. Cikgu datang naik Myvi..
Murid dah dewasa jadi Somebody,
Cikgu tetap begini..
Namun begitu.., Di dunia cikgu berbakti,
Moga di akhirat, syurga tempat cikgu kekal abadi..SELAMAT HARI GURU..

Macam mana nak kenal guru?
*Garang* orangnya, itulah guru disiplin..
*Penyayang* orangnya, itulah guru prasekolah..
*Sabar* orangnya, itulah guru pendidikan khas..
*Sentiasa cool & tak pernah marah*, itulah guru kaunseling..
*Petah berucap*, itulah guru besar..
*Pelik orangnya*, itulah guru pendidikan seni..
*Gelap orangnya*, itulah guru pendidikan jasmani..
*Warak orangnya*, itulah guru agama..
*Sopan orangnya*, itulah guru pendidikan sivik..
*Berbahasa orangnya,* itulah guru Bahasa Malaysia..
*Berseni bahasanya*, itulah guru sastera..
Walau siapa pun dia.. dia tetap berjasa..SELAMAT HARI GURU..

Erti sebenar seorang cikgu
*C*: Cantik budi pekertinya.
*I*: Inovatif praktisnya.
*K*: Kreatif mindanya.
*G*: Garang semangatnya.
*U*: Unggul ilmunya

Mak cakap cikgu macam MAGGI,
Makanan rutin di waktu susah..

Ayah cakap cikgu macam D SEEKERS,
Garang dan menakutkan..

Atuk cakap cikgu macam ASTRO,
Macam-macam ada..

Tapi saya cakap cikgu macam LOREAL,
Kerana dirimu BEGITU BERHARGA..

SELAMAT HARI GURU.
*GURU PEMBINA NEGARA BANGSA*

Saturday, May 13, 2017

happy mother day

السَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

بِسۡـــــــــمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡـمَـٰنِ ٱلرَّحِـــــــيمِ

اللَّهُمَّ صَلِّ عَلَى مُحَمَّد وَعَلَى آلِ مُحَمَّدٍ

*💝Buat Semua yang Bergelar IBU💝*

Lembut wanita kerana senyumannya....
Cekal wanita kerana beraninya....
Patuh wanita kerana kesetiaanya....
Sabar wanita kerana imannya....
Kasih wanita kerana belaiannya....
Lemah wanita kerana airmatanya.....
Ikhlas wanita kerana simpatinya......
Pendam wanita kerana cemburunya.....
Sayang wanita kerana sifat keibuannya...
Semoga wanita tetap tabah mengharungi cabaran hidup ini...disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat kehebatan seorang wanita...    .
Selamat Hari Ibu..
,•’``’•,•’``’•,
’•, HAPPY
 `’•,,•`’
   ,•’``’•,•’``’•,
   ’•,   mommies
    `’•,,•`’
       ,•’``’•,•’``’•,
       ’•, DAY.   . •
        `’•,,•`’

bila kita tua

_*SAYA SUKA AYAT2 NI.. MENARIK.. BIARLAH ULANG KALI DIBACA...*_
🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌🕌

* Renungan bila menjelang tua ...

🕌  *Bila kita tua* ...

Luangkan waktu bersama pasangan anda kerana salah seorang drpd kita akan pergi lebih dahulu dan yang masih hidup hanya mampu menyimpan kenangan yg indah.

🕌  *Bila kita tua* ...

Akan tiba masanya mau berjalan ke pintu saja susah, sementara masih berkemampuan, jalan2 lah kebeberapa banyak tempat untuk mengingatkan kita tentang kebesaran TUHAN, utk mengagumi keindahan ciptaan-NYA.

🕌  *Bila kita tua* ...

Jangan susahkan  diri memikirkan anak2 secara berlebihan. Mereka akan mampu berusaha sendiri. Cuma tentukan hutang anda Lunas sebelum meninggal dunia supaya mereka tidak menanggung beban yang anda tinggalkan.

🕌  *Bila kita tua* ...

Luangkan waktu  bersama rakan2 lama kerana peluang untuk bersama itu akan berkurang dari waktu ke waktu.

🕌  *Bila kita tua* ...

Terimalah penyakit apa adanya.  Kerana Semua sama,  kaya atau miskin akan melalui proses yang sama, yaitu: lahir bayi, kanak2, dewasa, tua, sakit & mati

_*Kata2 nasihat*_

*"Cari kawan yg seperti cermin, kita gembira dia gembira, kita sedih dia ikut sedih. Jangan cari kawan seperti duit siling, depan lain belakang lain"*.

Jangan ego jangan sombong.. kawan2 kita juga yg tolong urus mayat kita suatu hari nanti..
Selamat menikmati masa hidup dengan bahagia ...

Thursday, May 4, 2017

A lovely message..

Once upon a time! When Window was just a square hole in a room & Application was something written on a paper. When Keyboard was a Piano and Mouse just an animal. When File was an important office material and Hard Drive just an uncomfortable road trip. When Cut was done with knife and Paste with glue. When Web was a spider's home and virus was flu. When Apple and Blackberry were just fruits .... That's when we had a lot of time for family and friends!😊

cantik atau tak cantik

Jemaah: Ustaz, saya nak tanya satu soalan. Ada 2 orang perempuan, seorang cantik tapi tak beragama, seorang lagi tak cantik tapi beragama. Yang mana patut saya pilih sebagai isteri Ustaz?
Ustaz: Pilihlah yang tak cantik tapi beragama.
Jemaah: Yang cantik macam mana Ustaz?
Ustaz: Yang cantik tu bagi kat saya. Nanti saya ajar agama kat dia
😂😂

PULAK DAHH...Bhahaha

Wednesday, May 3, 2017

sahabat

Sedap kata-kata ini :

*"Apabila anda tua, rebut setiap peluang untuk bersama rakan-rakan lama, kawan sekolah dan rakan sekerja kerana peluang itu akan berkurangan dari semasa ke semasa. Air yang mengalir ke hilir tidak balik ke hulu. Begitulah dengan kehidupan. Sahabat adalah umpama bintang. Walau berjuta batu jauh dari bumi tetap bercahaya. Meskipun kadang-kadang menghilang, dia tetap ada. Dia tidak mungkin dimiliki, tapi tidak dapat dilupakan kerana sahabat yang baik sentiasa ada dalam hati dan dalam kenangan.”*

_Walaupun byk kali baca tapi kata2 ini amat memberi kesan... 😊😊_

Monday, May 1, 2017

peringkat kejayaan

UKURAN KEJAYAAN

Pada usia 4 tahun kejayaan anda ialah anda tak kencing dlm seluar

Pada usia 8 tahun kejayaan anda ialah anda mengenali jalan pulang ke rumah

Pada usia 12 tahun kejayaan anda ialah memiliki kawan2

Pada usia 18 tahun kejayaan anda ialah anda berjaya memiliki lesen memandu

Pada usia 23 tahun kejayaan anda ialah keluar dari universiti (sebagai graduan)

Pada usia 25 tahun kejayaan anda ialah mendapat pekerjaan

Pada usia 28 tahun kejayaan anda ialah memiliki isteri /suami

Pada usia 30 tahun kejayaan anda ialah mendapat anak

Pada usia 35 tahun kejayaan anda ialah memiliki harta (spt rumah sendiri)

Pada usia 45 tahun kejayaan anda ialah anda masih kelihatan muda dan bertenaga

Pada usia 50 tahun kejayaan anda ialah anak2 anda telah berjaya

Pada usia 55 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memenuhi tanggungjawab suami isteri

Pada usia 60 tahun kejayaan anda ialah anda masih mampu memandu sendiri kereta

Pada usia 65 tahun kejayaan anda ialah hidup tanpa penyakit

Pada usia 70 tahun kejayaan anda ialah anda tidak merasa diri anda beban atas orang lain

Pada usia 75 tahun kejayaan anda ialah anda masih mempunyai kawan sebaya

Pada usia 80 tahun kejayaan anda ialah anda masih ingat jalan pulang ke rumah (tak pelupa)

Pada usia 85 tahun kejayaan anda ialah anda masih tidak kencing dlm seluar...

Begitulah dunia (pusingan yg dialami semua hamba). 
paling dekat dgn kita ialah MATI ..Kejayaan sebenarnya pada bila bila masa ialah apabila kita taat perintah Allah mengikut cara Nabi SAW.