Thursday, April 6, 2017

Percakapan Mama dan anak*

*
 
Mama: "Nak, kamu tau siapa tun Fatimah.??
Anak: "tak tau."
Mama: " rajin2 la baca buku sejarah."
Anak: "Mama tau siapa Suzie??
Mama: "Siapa?"
Anak: *"rajin2 la baca Whasap Papa."*
Mama:
😡😡😡😡😡😡😡😡😡
🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🏃🏼🚓🚓🚓

Wednesday, April 5, 2017

ANGGOTA Parlimen DI UGUT

**

Anggota Parlimen diperas ugut di Whatsapp :

Seorang anggota Parlimen mendapat mesej ancaman melalui Whatsapp yang berbunyi: _"Ingat saya? Kita pernah tidur bersama. Saya ada videonya. Segeralah kirim MYR 250,000.000 ke akaun xxxxxxxxxx bank XYZ, jangan coba2 mengesan atau memberitahu polis kalau tidak saya akan hantar videonya ke media!"_

Anggota Parlimen tersebut ketakutan dan menyanggupi untuk transfer sejumlah wang yang diminta. Setelah transfer wang tersebut, dia bertanya via WA lagi, _*"Kau siapa dan kita pernah tidur di mana?*_

Dalam 5 minit kemudian muncul jawaban: _"Saya anggota parlimen juga, kita sama-sama tidur waktu Sidang Parlimen..."_
😀🤣🤣🤣🤣

Sunday, April 2, 2017

bersyukur lah

Seorang guru memberikan tugasan kepada pelajarnya untuk  menuliskan 7 Keajaiban Dunia.

Sebelum kelas bersurai, semua pelajar diminta untuk mengumpulkan tugasan mereka.

Seorang gadis kecil yang paling pendiam di kelas itu, menyiapkan tugasannya paling akhir dengan perasaan ragu-ragu. Tidak ada seorangpun yang memperhatikan hal itu…

Selepas itu, guru memeriksa semua tugasan itu.

Sebahagian besar pelajar menulis demikian...

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Piramid
2. Taj Mahal
3. Tembok Besar Cina
4. Menara Pisa
5. Kuil Angkor
6. Menara Eiffel
7. Kuil Parthenon

Di saat memeriksa tugasan pelajarnya yang paling terakhir itu, guru terdiam...tugasan terakhir itu adalah milik si gadis kecil pendiam tadi…isi jawapannya adalah :

Tujuh Keajaiban Dunia:
1. Boleh Melihat
2. Boleh Mendengar
3. Boleh Menyentuh
4. Boleh DiSayangi
5. Boleh Merasai
6. Boleh Tertawa, dan
7. Boleh Mencintai…

Setelah duduk diam beberapa saat, guru menutup semua tugasan pelajarnya.
Kemudian menundukkan kepalanya dan berdoa...

Mengucap syukur untuk gadis kecil pendiam dikelasnya yang telah mengajarkannya sebuah pelajaran hebat, iaitu:

'Tidak perlu mencari sampai ke hujung bumi untuk menemukan keajaiban. Keajaiban itu ada di sekeliling kita untuk kita miliki dan tak lupa untuk kita syukuri...'

Jom renungkan....

Kita hidup di gunung, merindukan pantai. Kita hidup di pantai, merindukan gunung.

Kalau kemarau kita tanya bila hujan? Di musim hujan kita tanya bila kemarau?

Duduk di rumah, berkeinginan untuk keluar. Setelah keluar berkeinginan untuk pulang.

Waktu sunyi mencari keramaian. Waktu ramai cari ketenangan.

Ketika bujang mengeluh keinginan untuk berkahwin. Sudah berkeluarga mengeluh belum miliki  anak. Setelah ada anak, mengeluh perbelanjaan hidup.

Ternyata, sesuatu nampak indah kerana belum kita miliki..

Bilakah kebahagiaan akan diperolehi kalau kita sentiasa memikirkan apa yang belum ada, tapi mengabaikan apa yang sudah kita miliki..

Jadilah peribadi yang selalu bersyukur dengan rahmat dan nikmat yang sudah kita miliki..

Mungkinkah sehelai daun yang kecil dapat menutup bumi yang luas ini? Sedangkan menutup mata dengan telapak tangan sahaja pun sudah begitu sukar..

Tapi, kalau daun kecil ini menutup mata kita, maka tertutuplah bumi yang luas ini..

Begitu juga bila hati ditutupi fikiran buruk sekecil manapun, maka kita akan melihat keburukan di mana-mana, dan bumi ini sekalipun akan nampak buruk..

Jadi, janganlah menutup mata kita walaupun hanya dengan daun yang kecil.
Janganlah menutup hati kita dengan sebuah fikiran buruk, walaupun cuma sehujung kuku.

Syukuri apa yang sudah kita miliki, sebagai modal untuk memuliakanNya.

Kerana hidup adalah waktu yang dipinjamkan dan amanah yang perlu dipertanggungjawabkan..

Bersyukurlah atas nafas yang masih kita miliki..

Bersyukur atas keluarga yang kita miliki..

Bersyukur atas pekerjaan yang kita miliki..

Bersyukur atas kesihatan yang kita miliki..

Bersyukur atas rahmat dan nikmat yang kita miliki..

Bersyukur dan sentiasa bersyukur di dalam segala perkara..

Semoga kita mendapat manfaat dan sentiasa bersyukur...

Syukur itu indah... dan akan selamanya indah...✨💥🌷

bahaya makan sadin

Maklumat terbaru dari Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) Info penting. Semua kita wajib ketahui. Kepada sesiapa yg suka mengamalkan memakan ikan sardin atau makanan dlm tin. Kementerian kesihatan telah mengeluarkan AMARAN, bahawa mengamalkan tabiat suka memakan makanan dalam tin adalah 💯% amat MERBAHAYA. Boleh menyebabkan usus dan kerongkong tersumbat sekiranya ditelan begitu sahaja tanpa membuka tin terlebih dahulu ...

Saturday, April 1, 2017

TIPS MENJAGA PERSAHABATAN DI GROUP !!!

1. Fahami bahawa kita memiliki perbezaan iaitu ...
☆ Pendidikan
☆ Hobi
☆ Sifat
☆ Latar Belakang
☆ Kedewasaan Rohani
☆ Pola Fikir dll

2. Dari perbezaan tersebut, harap maklum jika ada ahli yg ...
☆ Suka Humor
☆ Serius dan Santai
☆ Suka Ceramah Agama
☆ Suka Menasihat
☆ Suka Mengkritik
☆ Suka Cerita Politik
☆ Suka Pos Artikel
☆ Suka Loyar Buruk

3. Keaktifan posting para anggota ...
☆ Sangat aktif
☆ Sederhana aktif
☆ Kadang-kadang je aktif
☆ Tak aktif tapi suka baca
☆ Mmg malas buka whatsapp
☆ Jadi ahli tapi tak aktif

4. Jgn mudah terpengaruh dgn isi posting sehingga kita jadi ...
☆ Beremosi
☆ Tersinggung
☆ Tak mau kalah
☆ Percaya begitu saja

5. Jika ada posting yg isinya  keliru, kita perlu luruskan ... maka jgn menambah gaduh atau mengeruhkan suasana. Pada yg posting tak betul jika diluruskan jgn cepat tersinggung

6. Jika ada posting yg kurang berkenan di hati kita, misalnya...
☆ humor
☆ gambar denyut-denyut
☆ video gerak-gerak
☆ citer seks
☆ artikel terlalu panjang atau berjela-hela
☆ Biarkan aje atau delete

Yang paling penting pastikan jgn jd malas sangat atau ego. Sesekali cuba2 lah respon atau menyampuk dlm grup. Org tau bukan nye kite sibuk manapun.  Jangan nanti masa ditimpa musibah baru terhegeh2 nk mintak tolong kwn2 dlm grup. Ingat...grup whatsapp diakui adalah antara medium yg sangat membantu sekiranya kite dlm apa2 masaalah.

Jadi ... Fokus saja pada satu tujuan iaitu menjalin tali silaturahim dan persaudaraan. Semoga ada manfaatnya bagi merealisasikan indahnya kekeluargaan / persahabatan agar terus berkekalan !!!

*3 Rahsia Yang Ditutup Rapat-Rapat adalah*:

1. *Jodoh*

Takde siapa tahu siapa jodoh kita dan boleh tentukan siapa jodoh kita. Tak guna kita fikir sedalam-dalamnya macam mana berjumpa jodoh dan bila berjumpa jodoh. Kenapa eh? Lagi banyak kita fikir lagi pening dan lost lah kita. Kenapa eh? Jodoh itu rahsia yang ditutup rapat-rapat. Oleh sebab itu, banyak berdoa pada Allah dan yakinlah bahawa jodoh yang ditentukanNya pasti yang terbaik dan pada masa yang kita dah bersedia dan mampu memikul tanggungjawab rumahtangga. Setiap hari sedekahkan al-fatihah dan doa yang terbaik buat bakal jodoh. Jadilah yang solehah, dapatlah nanti suami yang soleh. Yang dah bertemu jodoh, peliharalah ia dengan iman dan ihsan. Hiaskan perkahwinan itu dengan kasih sayang.

2. *Rezeki*

Rezeki pun rahsia yang ditutup rapat-rapat. Ada orang cacat tubuh badan dan derianya tapi, mampu membina empayar yang besar. Ada orang usaha satu hari, esok dah berjaya. Belajar main-main tapi result gempak. Baca sekali dah hafal and faham. Ada orang sempurna tubuh badan, satu kerja pun susah nak buat.Ada orang pula kerja bagai nak gila, masih sama. Belajar pagi petang siang malam, result biasa2. Baca berpuluh puluh kali pun susah nak faham. Kejayaan,keluarga, harta, ketenangan dan banyak lagi adalah rahsia Allah. Sebab tu bila kita rasa kita boleh menentukan rezeki kita, otak boleh jadi gila dan rasa nak pecah. Bila kita rasa kita boleh tentukan rezeki kita, hati tak tenang dan selalu dalam kerisauan. Rezeki kita, Allah yang tentukan. Yakin lah orang berusaha pasti berjaya. Hidup susah itu bukan selamanya.Orang bijaksana belajar daripada kesalahan. Orang bersyukur tenang hatinya. Rezeki itukan rahsia Allah. Apa yang kita dapat hari ini adalah yang terbaik untuk membersihkan hati dan selalu bersyukur.

3. *Ajal maut.*

Sakit bukan punca meninggal dunia. Ada orang sakit kronik, hidup bertahun-tahun. Ada yang sihat walafiat, meninggal dalam tidur. Hidup mati itu rahsia Allah yang ditutup rapat-rapat. Selagi hidup, usahalah menjaga kesihatan dan kehidupan yang dipinjamkan Allah dengan bersungguh-sungguh kerana pastinya ajal akan menjemput di mana sahaja dan pada bila-bila masa. Fikirkan kematian dan dosa sudah cukup untuk buatkan kita menjadi insaf kerana syurga dan neraka itu benar. Semoga diberikan pengakhiran yang terbaik di syurga.

*Santapan rohani hari ini*

fren forever

*Tersentuh Jiwa biar berulang kali dibaca*

*PUISI UNTUK KITA SEMUA*

*~(katanya ini nama penulis : Khadijah Hashim)*

*Kita..*
*adalah..*
*Warga setengah tua..*
*Sisa2 pesona masih ada...*
*Senyum indah masih tersisa...*
*Canda ceria juga masih ada...*
*Muzik2 lama jadi teman setia...*

*Dulu belajar bersama-sama..*
*Namun jalan hidup berbeda2...*

*Menjelang tua,*
*Whatsapp mempertemukan kita*

*Sambil mengenang masa muda yg pernah ada...*

*Mari kita nikmati masa ini bersama-sama..*

*Sebelum satu demi satu kita tiada...*

*Sebelum yg nyata ini menjadi fana...*

*Terima kasih sahabatku di masa muda...*

*Terima kasih    sahabatku di masa menjelang tua...*

*Yang saling memaafkan  dan mengerti arti persahabatan di usia senja.*

*Semoga tetap sehat, sejahtera dan bahagia...*

*semoga selamat di mana saja anda berada . entah bila kita dapat berjumpa..jangan kita sombong menyepi diri....bertanyalah khabar...memberilah Salam...walau secara maya ...peluang tak tentu bila* 
...

*🌸Friend Forever🌸*