Sunday, March 5, 2017

~ Antara buruh kasar dan seorang cikgu ~

Aku melihat buruh kasar bekerja ditengah panas. Tabah mengangkat batu batu yang berat demi sesuap rezeki. Peluh menitik tiada henti. Penat. Sangat memenatkan. Balik rumah tidurnya lena yang amat akibat seharian keletihan di tengah panas.

Aku melihat sahabatku seorang guru. Hanya perlu mengangkat pen marker sahaja. Ringan. Kerjanya bawah bumbung yang teduh. Bawah kipas berpusing ligat lagi. Namun  bebanan kerja yang menanti tidak sedikit. Perlu kejar itu, perlu siapkan ini.

Badannya tidak penat. Tapi masanya sibuk. Kerjanya tidak hanya di sekolah. Sampai ke rumah dibawa pulang lagi. Buat pula kerja dengan peralatan sendiri. Duit poket sendiri.

Laptop itu harganya beribu. Projektor itu pun beribu juga. Printer dan laminate itu harganya beratus-ratus. Belum campur harga scanner, toner dan seribu macam benda lagi.

Tapi dia diam, walau suami dia sering tidak senang. Tidak senang dia sampai ikat perut untuk beli keperluan demi pekerjaannya yang mulia, tidak senang bila masa bersama keluarga terpaksa dikurangkan demi kecintaan pada kerjaya.

Memberi tumpuan pada anak orang lain melebihi anak sendiri. Ya, itulah guru.

Badannya mungkin tidak sepenat si buruh kasar yang bekerja dibawah mentari terik. Namun emosinya penat. Sangat penat.

Emosinya penat bila pasangan mula menyindir kurang perhatian (bagi pasangan yang tidak memahami). Emosinya penat ditekan pihak atasan yang mahu kesempurnaan. Emosinya penat ditekan karenah ibubapa yang terlampau manja dan mengada-ngada.

Ya, emosinya penat. Tolong faham itu.

Tidur si buruh kasar penuh lena lantaran kepenatan tubuh badan. Namun emosi sang guru yang penat merosakkan nafsu tidur. Mencarikkan segala mimpi indah.

Malah, mengurangkan nafsu makan juga. Yang kemurungan pun ada juga.

Mana tidaknya. Dia berkorban segala benda. Dari duit poket, tenaga, masa, malah keluarga. Tapi sedikit salahnya dibesar-besarkan. Dibuat laporan. Dihadap kamar keadilan.

Salah apa dia?

Salahnya kerana dia cinta. Ya, dia cinta akan professionnya.

Salahnya, hanya sedikit sentuhan fizikal untuk mendidik dan mengajar anak orang lain supaya pandai. Supaya berjaya. Supaya menjadi insan berguna. Supaya menjadi manusia.

Buat sahabat guru diluar sana yang diuji ujian sebegini, dibuat laporan dan diserang ibubapa, bertabahlah. Seluruh doa para guru bersama anda.

Semoga yang dihadapkan ke mahkamah menang kes, yang dibuat laporan polis pula laporan dapat ditarik balik.

Kami melihat diri kami dalam kamu. Kerana kamu guru, dan guru itu adalah kami.

============

-

Saturday, March 4, 2017

Kod roti canai

FYR permanent code for roti canai in Malaysia:

ROTI KOSONG- roti kosong satu keping.

ROTI DOUBLE- roti kosong dua keping dalam satu pinggan.

ROTI BANJIR- roti kosong satu keping kua taro atas.

ROTI BANJIR DOUBLE- roti kosong dua keping dalam satu pinggan kua taro atas.

ROTI TRIPLE- roti kosong tiga keping dalam satu pinggan.

ROTI TELOR- roti ada telor satu biji dalam.

ROTI TELOR BAWANG- roti ada telor sama bawang dalam.

ROTI TELOR DOUBLE- Roti ada satu biji telor dalam dua keping dalam satu pinggan.

ROTI JANTAN- roti satu keping ada telor dua biji dalam.

ROTI KAHWIN- roti kosong sama roti telor satu satu dalam satu pinggan.

ROTI TAMPAL- roti ada telor tampal di luar.

ROTI KL MENJERIT- roti kosong ada telor sparo masa satu biji di atas goyang goyang.

ROTI PLANTA- roti ada planta sama gula taro dalam.

ROTI BAWANG- roti ada bawang potong taro dalam.

ROTI SARDIN- roti ada ikan sardin taro dalam.

ROTI TISU- roti tarak tisu dalam tapi bakar garing gulung tarak lipat.

ROTI PISANG- roti ada pisang potong taro dalam.

ROTI BOOM- roti ada planta dalam bulat bikin saiz mini.

-Paratha 786 Assocation-

Cerita musim panas

Panas betol arini..

Satu rombongan membawa pemimpin kekawasan pendalaman menaiki helikopter Nuri dgn disertai oleh Tok Batin Orang Asli....

Exco pahang; Panas betul la dlm heli ni.....jauh lgi ke nak sampai.. ...??

Tok Batin : Ya la Dato panas dalam sini.... kipas aja besar tapi pasang kat luar..... tak tengok dulu ker masa beli heli ni Datok?

Exco pahang :###????😁😂😄

Friday, March 3, 2017

Air kosong vs daging kambing

*BANYAK MINUM AIR KOSONG LEBIH BAHAYA BERBANDING MAKAN DAGING KAMBING..*

Menurut kajian terbaru, byk meminum air kosong blh menyebabkan darah tinggi jika dibandingkan dgn makan daging kambing...

Air kosong/suam yang selama ini dikatakan sebagai minuman sihat, blh dpertikaikn..

Ujikaji tlh dbuat selama 3 màlam trhdp 2 org peserta yg dpilih secara rambang.

Mlm 1:
Peserta A diberi makan sup kambing manakala peserta B dberi 2 botol air mineral 500ml.
* Reaksi keduanya Normal.

Mlm ke2 :
Peserta A dberi kari kambing dn peserta B dberi 3 btl 500ml air mineral.
*Reaksi A Normal manakala B sedikit tidak selesa.

Malam terakhir :
Peserta A dberi kambing bakar dn B, 2 botol air mineral 1 liter.
• Reaksi A masih Normal manakàla B emotional.
Peserta B telah mengamuk dgn membaling botol air mineralnya dan terus merampas baki kambing bakar peserta A sambil berkata '_*Kalau hari2 air kosong, mati la aku!!_*

*Kesimpulan ujikaji:*
Dgn hanya meminum air kosong shj, boleh menyebabkn tekanan darah menjadi tinggi dan tidak dpt dikawal jika dibandingkn dgn memakan daging kambing..

Thursday, March 2, 2017

Wang duit fulus pitih money

Namaku : WANG...

Nama panggilan : DUIT...

Nama Samaran: FULUS...

Nama Benar : MONEY...

Wajahku biasa saja...

Fizikalku juga lemah...

Namun aku mampu mengubah dunia...

Aku juga "boleh" merubah Perilaku...

Bahkan sifat Manusia...

Kerana manusia mengidolakan aku...

Banyak orang berubah kepribadiannya...

Mengkhianati teman...

Menjual tubuh...

Bahkan meninggalkan keyakinan imannya, demi aku...!!!

Aku tidak mengerti perbezaan orang..

Tapi manusia memakai aku menjadi keturunan dan darjat...

Menentukan kaya miskin dan terhormat atau terhina...

Aku bukan iblis...

Tapi sering orang melakukan kekejian demi aku...!!!

Aku juga bukan orang ketiga...

Tapi banyak suami isteri berpisah kerana aku...

Kakak dan adik bergaduh dan saling benci kerana aku...

Anak dan orangtua berselisih faham kerana aku...!!!

Sanak Saudara bergaduh berpaling muka kerana aku

Ada yang menjadi EGO dan Angkuh kerana aku

aku bukan Tuhan...

Tapi ada manusia menganggap aku Tuhan...

Sedangkan ada yang memuja aku...

Padahal segala agama mengatakan jangan menjadi hamba wang..

Seharusnya aku hamba manusia...

Tapi kenapa manusia pula yang mahu menjadi hambaku...???

Aku tidak pernah mengorbankan diriku untuk siapa pun...

Tapi banyak orang rela mati demi aku...

Perlu aku ingatkan...

Aku hanya boleh menjadi alat membayar perubatan anda...

Tapi tidak mampu memanjangkan hidup anda...!!!

Kalau suatu hari anda di panggil Tuhan...

Aku tidak akan ada menemani anda...

Apalagi menjadi penebus dosa-dosa anda...

Anda harus menghadap sendiri kepada sang Pencipta lalu menerima penghakiman-NYA...!!!

Saat itu...

Tuhan pasti akan membuat perhitungan dengan anda...

APAKAH SELAMA INI HIDUP ANDA MENGGUNAKAN aku dengan baik...

Atau sebaliknya MENJADIKAN aku sebagai tuhan kalian...???

➡ Ini peringatan terakhirku :
Aku TIDAK ADA DI SYURGA...
Jadi jangan cari aku disana...

➡ PESANKU :
1. Jangan terlalu sayang sama aku...!!!

2. Jangan lupa berdoa, dan beramal agar sentiasa mendapat berkat di dunia dan akhirat...!!!```

3.Gunakan aku utk membantu anda di akhirat  spt banyak  bersedekah  dan berzakat

*Suami yg HILANG*

Pak Polisi, Suami saya hilang, tolong dicari sampai ketemu, karena saya tak bisa hidup tanpa dirinya.

Polis : "Sejak kapan Suami kau hilang"?

Istri : "Sejak 2 minggu yang lalu encik"!

Polis : "Hah... Kenapa kamu baru lapor sekarang?

Istri : "Karana saya baru ingat, besok dia gaji"

😄😄😂😂😋😋😂😂😂😀😀😀😜😜😜

Wednesday, March 1, 2017

Bila dispatch interview

Pagi tadi ada budak datang interview as a despatch boy kat opis aku.
Aku tanya dia,

"Awak tahu Microsoft Office...?"

Budak tu jawap

"Kalau Tuan bagi alamatnya saya boleh cari... Kuantan ni bukan beso sangat..."

👆😂😂
🤣🤣🤣