Monday, January 16, 2017

Pernah tak, ada dalam situasi ni??

= Bawa mak ayah gi klinik, mak ayah bayar sendiri sebab kita pun tak mampu nak tolong bayar..sedangkan dari kecil mak ayah yang bayarkan bil kita..kadang terpaksa meminjam...ada yang sampai sekarang masih mengharapkan mak ayah yang bayar..

= Bawa mak ayah gi pasar malam / supermarket..mak ayah bayar sendiri..sedangkan dari kecil lagi mak ayah yang turuti apa yang kita nak sampai abaikan keinginan sendiri..

= Mak ayah pegang pape tapi kita buat tak tahu, sebab nanti short duit belanja kita..dulu, berguling2 kita berontak nak juga sesuatu tu..

= Nak keluar makan takut nak pelawa mak ayah sekali sebab nanti kena bayar lebih..padahal dulu kita menangis2 nak kfc mak ayah terpaksa ikat perut waktu kerja sebab terguna duit belanja...

= Nak balik kampung melawat mak ayah pun tak mampu sebab kos minyak, tol dan belanja di kampung..padahal dulu nak ke mana pun mak ayah sanggup pinjam kereta, sanggup naik turun bas bawa kita berjalan..

= Waktu balik kampung tak hulur wang belanja padahal dari sekolah mak ayah la yang bagi duit blanja..

Tak payah cakap bab memberi..sampai dah kahwin dah ada anak pun masih meminta pada mak ayah...itu saya dulu..waktu seronok, waktu senang..insan pertama yang kita cari ialah pasangan kita..rai kan bersama...tapi waktu susah, waktu musibah insan pertama yang kita cari ialah mak ayah...

Mak ayah kita tak pernah berfikir 2kali untuk beli atau berbuat sesuatu untuk kita walaupun dia pun takda duit waktu tu...tak pernah sebut dan bagi alasan ..semuanya ditelan..kalau cakap takut kita rasa serba salah nak minta tolong...sedangkan kita sekarang mak ayah minta sikit..panjang berjela pnerangan kita..untuk itu ini...

Persoalannya BILA???? Kita nak mampu beri balik..bukan soal wang..sikit atau banyak sebab mereka bukan mengharapkan kemewahan tapi pemberian dari insan bergelar anak walaupun sikit...ingat, setiap kali alasan yang kita beri..umur mak ayah kita makin meningkat dan mereka takda masa yang banyak untuk tunggu kita "mampu"...dan bagi mereka yang sudah tiada mak ayah..ia bukan alasan untuk kita berenti memberi pada mereka..

»renungan dan ingatan untuk terus kuat buat diri "sendiri" dan mereka yang saya sayang...(masih banyak yang harus diperbetulkan..janji untuk jadi yang terbaik dan beri yang terbaik buat mereka)

Sharekan pade umat manusia lain jika bermanfaat.

Cp Group Sebelah

Pantun umat akhir zaman

Pantun terbaek abad ini...
Tak baca rugii...

PELIK TAPI BENAR SEKALI

Pergi Pinang Tunggal
tengok dikir barat
solat tidak tinggal
tapi dedah aurat

Goreng keropok lekor
tetamu datang ziarah
duit nombor ekor
pergi buat umrah

Ramai tepi jalan
orang minta sedekah
perut lapan bulan
baru akad nikah

Pergi kedai barang
beli serbuk kari
bos sangat garang
tapi takut isteri

Main bilang- bilang
bilang bunga seroja
dapat anugerah cemerlang
tapi tak buat kerja

Pungut buah delima
himpun dalam raga
punch card pukul lima
sampai rumah pukul tiga

Tengah malam gelemat
urut tangan berkedut
selepas doa selamat
pasang lagu dangdut

Sayang sampan karam
karam di Tanjung Jaga
sudah jelas hukum haram
ketegar nak buat juga

Guni sangat berat
berisi ubi keledek
isteri tutup aurat
suami seluar pendek

Sekian..

Saturday, January 14, 2017

Panduan hidup

-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang dunia kerana urusan dunia milik Allah

-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang rezeki *kerana rezeki datang dari Allah

-Janganlah bebankan dirimu dengan kerisauan tentang masa depan kerana masa depan adalah ketentuan Allah

-Apa yang engkau perlu risau hanyalah satu perkara sahaja,
iaitu bagaimana engkau membuat Allah redha

-kerana sekiranya engkau membuat Allah redha, Dia akan redha padamu.

-Apabila Dia redha padamu, Dia akan melindungimu dan mencukupkan keperluanmu..

Friday, January 13, 2017

Teknik kejut anak dr tidur utk solat

Seorang wanita bertanya kepada mufti :

"Bagaimana caranya untuk mengejutkan anak-anak saya yang sedang tidur terlalu nyenyak untuk solat Subuh?

Mufti menjawab: "Apa yang akan kamu lakukan jika rumah kamu terbakar dan pada ketika itu anak-anak kamu sedang tidur?"

Wanita itu berkata: "Saya akan mengejutkan mereka dari tidur".

Mufti menjawab: "Bagaimana jika mereka sedang tidur terlalu nyenyak?"

Wanita itu kemudian menjawab: " Demi Allah! Saya akan mengejutkan mereka bangun, jika mereka tidak bangun saya akan mengheret mereka keluar dari rumah."

Mufti kemudian menjawab: "Jika itu apa yang kamu akan lakukan untuk selamatkan mereka daripada api di dunia,  lakukanlah perkara yang sama untuk selamatkan mereka dari api neraka di akhirat kelak."

Semoga Allah membimbing kita semua!

😌😌😌

Monday, January 9, 2017

Ustazah yang jujur

*Bila Ustazah Bergurau*

*Masa nak masuk syurga nanti orang yang kawin satu paling akhir. Yang kawin 4 dipanggil dulu, di ikuti yang kawin 3 dan yang kawin 2. Ini adalah kerana yang kawin lebih dari satu inilah yg takutkan Allah. Manakala yang kawin satu adalah yang takutkan bini.*

*Fikir2kanlah*

*Bila Ustazah Bersuara*

Ustazah : *Saya tidak pernah menolak hukum poligami*

Jemaah : *Wah, hebat ustazah!*

Ustazah : *Saya tidak pernah melarang para suami nikah lagi*

Jemaah : *Wah, benar-benar kelas ustazah*

Ustazah : *Yang penting*........

Jemaah : *Yang penting... adil ye ustazah*?

Ustazah : *Bukan...yang penting, bukan suami saya*..

*Hampehhhhhh*😂😂😂

Thursday, January 5, 2017

Rahsia pendekar

Seorang lelaki sedang memandu keretanya tiba-tiba keretanya mengalami kerosakan dan berhenti berdekatan dengan sebuah glanggang persilatan.  Oleh kerana hari pun sudah malam, dia pun pergi ke glanggang tersebut dan mengetuk pintu itu.  Pintu dibuka dan seorg mahaguru tua menyambutnya.

Lelaki itu berkata: "minta maaf tuan, bolehkah saya bermalam disini kerana kereta saya rosak secara tiba²." Mahaguru itu lantas menerima permintaan lelaki itu dgn senyuman dan senang hati.

Dia menyediakn tempat tidur, persalinan dan makanan untuk llaki itu.  Setelah kekenyangan lelaki itu pun cuba melelapkan matanya.  Slang beberapa ketika dia terdengar sesuatu bunyi yang aneh...  Dia teringin nak mengetahui bunyi apakah itu namun dibatalkan saja niatnya kerana terlalu letih.

Keesokan paginya dia pun bertanya kepada mahaguru itu tentang bunyi itu, tetapi dia menjawab: "bunyi ini hanya boleh didngar pd mlm td stiap tahun namun saya tak boleh bgtahu awak kerana awak bukan seorang pendekar..."

Lelaki itu kelihatan kecewa kerana tidak dapat mengetahui tentang bunyi yg pelik itu tetapi apapun dia berterima kasih di atas layanan yang diberikn, kemudian dia pun bergerak pulang ke tempatnya, stlah kretanya dibaiki.

Setahun selepas itu..

Llaki itu kmbali pd tarikh yg sama sekali lagi mahaguru itu menyediakan tempat tidur serta makanan kepada lelaki itu... Pada malamnya dia x tido & mndngar bunyi yang aneh yg pernah didengarinya pada tahun yang lepas.

Keesokan pg nya lelaki itu pun bertanya kepada mahaguru mengenai bunyi itu tetapi dia menjawab: "saya tak boleh bagitahu awak kerana awak bukan seorang pendekar".  Lelaki itu cuba mendesak pendekar tua memberitahunya namun jawapannya tetap sama.. dia enggan bgtahu kerana lelaki itu bkn seorang pendekar.

Pada tahun berikutnya llaki itu kmbali lg...  Pada keseokan paginya, seperti biasa lelaki itu cuba bertanya dan merayu untuk mengetahui bunyi aneh apakah yang didengarinya malam tadi namun pendekar tua tetap dengan jawapannya.

Akhirnya lelaki itu tidak dapat bersabar lagi lalu berkatan"Baiklah! baiklah! nampaknya sampai mati pun aku takkan dapat tahu bunyi aneh tu kerana aku bukan seorang pendekar".

Kalaulah satu-satunya cara untuk saya mengetahui bunyi aneh itu ialah dengan menjadi seorang pendekar.  "Macam mana caranya saya untuk menjadi seorang pendekar?" Kata mahaguru: "Sekiranya benar kamu hendak menjadi seorang pendekar.. kamu mestilah mengembara ke seluruh dunia."

Kamu mesti menguasai kesemua ilmu persilatan dari 20 glanggang persilatan di seluruh dunia dan kamu mesti menewaskan kesemua 200 pendekar handalan baru aku akan iktiraf kau sebagai seorang pendekar.

Lelaki itu bersetuju lalu dengan semangat yang berkobar-kobar dia pun memulakan pengembaraannya untuk menjadi seorang pendekar.

20 tahun kemudian..

Llaki itu kembali semula ke glanggang tersebut dlm keadaan tubuh badan yang gagah perkasa dan berparut di sebelah mukanya & dia berkata kepada sang pendekar tua itu: "sy telah menguasai ilmu dari 20 sekolah persilatan dan aku telah menewaskan kesemua 200 orang pendekar handalan"

Sang pendekar tua itu menjawab: "Tahniah, sekarang kamu telah menjadi seorang pendekar.  Untuk mengotakan janji daya akan menunjukkn kamu punca bunyi aneh itu"

Pendekar tua pun membawa lelaki itu ke sebuah pintu papan di belakang glanggang.  Katanya: "bunyi aneh yang kamu nak tahu ada di belakang pintu itu"

Dengan hati yang berdebar-debar selepas penantian selama 23 tahun lelaki itu pun cuba membuka pintu itu.  Tetapi pintu itu berkunci.. dia berasa sangat marah lalu brtanya "mana kuncinya?".

Mahaguru pun memberi kunci kepadanya dan dia pun membuka pintu papan itu & apa yang di dapatinya di sebalik pintu papan itu ialah pintu yang diperbuat dari besi yg brkunci.  Lelaki itu pun meminta kunci & mahaguru itu pun memberinya..

Selepas meminta kunci dia pun membuka dan memasuki pintu yang diperbuat dari tembaga, strusnya perak... Disebalik pintu perak itu dia mendapati ada sebuah pintu yang diperbuat dari emas.  Akhirnya pendekar tua berkata: Inilah kunci yang terakhir untuk pintu emas yang terakhir itu..

Selepas dibukanya pintu yang terakhir itu.. dia akhirnya menjumpai punca bunyi aneh yang di dengarnya itu.  Lelaki itu berasa sungguh terkejut dan tersangat kagum melihat punca bunyi aneh itu..

Tetapi dia tak boleh bagitahu anda semua apakah itu, kerana anda bukan seorang pendekar..!!

Tuesday, January 3, 2017

Org sengau je boleh baca

Seorang lelaki sengau naik bas lalu bertanya kepada pemandu bas tersebut...
“Vang.. vas nih fegi hamfang ke…? ” (bang, bas ni pergi ampang ke?).

Pemandu bas itu berdiam diri. Marah kerana tidak dilayan, lelaki sengau itu pun turun dari bas.

Seorang lelaki lain di belakang pemuda sengau tadi pun bertanya kepada pemandu bas itu...
“kenapa awak diam tadi? kesian dia…”

Pemandu itu pun menjawab...
“Masham mana haya nak hawab…. haya hun hengau hugak.. hhanti hia hata haya hehek hia hulakk!!!……..”
(macam mana saya nak jawab.. saya pun sengau jugak.. nanti dia kata saya ejek dia pulak!!!)…

So ada 3 org sengau d sini:
Penumpang 1
Pemandu bas,
Yang baca ni...

Yg membaca ni pun sengau jugak  hahaha.....
Hahan hahah( jgn marah)😂😂😂