Sunday, July 10, 2016

Panduan tukar tayar

minggu lepas dari penang blk ke taiping stering mula bergegar..suspek utama memang tayar lah puncanya..so g lah kedai tayar area taiping mnta dorg cek...ya memang btl tayar dh bengkak..esk nk ke melaka pulak..nk x nk kene tkar jgk.so tanya lah pomen tu harga tayar..yg second tayar korek pon dh rm80.yg baru ada yg rm175/185.baik amik yg baru.puas hati.minta dorg bw keluar tayar tu nk tgk.pomen tu pon bw lah tayar baru yg harga 175..bila tanya tahun buatan tayar tu muka pomen dh mula cuak...baru dia habaq tayar tahun 2011.so apa lg kene sound lah."tayar lama u jual rm175 ke.u tau x tayar ni dh expired.mana blh jual harga ni".sy suruh dia p tanya tokey berapa harga tayar tu.mula² dorg bg rm120.dok minta kurang sampai dpt rm105 untuk sebiji tayar.hrmm tayar korek pon dh rm80.baik amik yg ni.so dpt lah 4 biji tayar baru dgn harga rm420 rim 15'.moral of story..sebenarnya kita selalu dok kena tipu dgn kedai tayar..dorg akan keluarkn tayar yg lama untuk clearkn stok dn jual pada harga baru.so kalau yg nk tukar tayar tu hati² lah supaya kita x tertipu.di bawah ada senarai kod² yg patut kita tahu.moga dapat manfaat bersama.               Sahabat saya semua, kita selalu tukar tayar kereta, tapi kita tak tahu tayar itu tayar yang dah lama dan yang tak boleh digunakan.... (Expired)

Info Pasal tayar kenderaan;

1.Kod Tayar Kenderaan..
Contoh 205/65/R1594H..

205 = Lebar
65 = Tinggi
R = Radial
15 = Saiz / Rim
94 = Had Maksimum Bebanan
H = Had Maksimum Kelajuan 210 KM / Jam

Jika Ianya Abjad Yang Terakhir, Ianya Seperti Di Bawah;
S = Maksimum Had Laju 180 KM / Jam
T = Maksimum Had Laju 190 KM / Jam
U = Maksimum Had Laju 200 KM / Jam
V = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
Z = Maksimum Had Laju 240 KM / Jam
W = Maksimum Had Laju 270 KM / Jam
Y = Maksimum Had Laju 300 KM / Jam

2. Setiap Tayar Ada 4 Angka Tercatit Di Sisi Tayar..

Contoh 0514..

Ianya Menunjukkan Tayar Baru Keluaran Kilang Pada Minggu Ke 5 Tahun 2014..

Tempoh Penggunaan Tayar Adalah Selama 5 Tahun Dari Tarikh Ianya Dikeluarkan..
Tayar Baru Yang Berusia Lebih Dari 5 Tahun Masih Boleh Digunakan Tetapi Ianya Telah Menjadi Keras Sebab Getah Tayar Sudah Tamat Tempoh (Expired)..

Jika Tukar Tayar Yang Baharu Pastikan Tahun Pengeluarannya Adalah Tahun Yang Terkini..
Jika Beli Tayar Keluaran Tahun 2013 Minta Diskaun Sebanyak 20% Daripada Harga Asal..

Berikut Adalah Diskaun Harga Tayar Mengikut Kepada Tahun Tayar Yang Dikelurkan Dari Tahun Semasa (2014);
2012 = 40%
2011 = 60%
2010 = 80%
2009 = Percuma
Semoga Perkongsian Ini Membantu Kita Agar Tidak Ditipu Oleh Kedai Jual Tayar..
Share Lerrr Kepada Group² Lain....

Semoga ini memberi manfaat kepada kita semua....forward dr grup lain

Friday, July 8, 2016

Kalau eksiden


1st, loged a polis report.
2nd, call your insurance company and check the nearest insurance panel workshop at you place. 
3rd, Bring your polis report, car insurance cover note, car regisation card and send your car to the nearest panel workshop and ask the workshop to proceed with OD KFK claim.

OD KFK mean you can claim your own insurance first and your insurance will refer to the 3rd party insurance company who damaged your car, don't  worry about your NCB caused it will not effect your NCB.

( KFK-OD stands for Knock-For-Knock Own Damage claim. In the event of a motor accident and if it is not the Insured's, OD-KFK claim involves the situation when your vehicle suffers damage after being knocked by another party who is at fault. You can then choose to claim against your own insurance policy or against the insurer of the third party)

Let the workshop runner to run everything 'A to Z' for you but you have to make sure your car is insured under 1st party caused 3rd party unable to claim OD KFK.

I hope the above info is able to help you to solve your problem.

Tuesday, July 5, 2016

Computer Programming raya

#include <ikhlas.h>  
#include <sabar.h>
#include <insaf.h>
#include <maaf.h>

int main() {
printf "Sempena Shawal yg mulia, saya ucapkan selamat hari raya"

if (terkasar or terhina),
{
ribuan ampun hamba pinta
}

while (nyawa in badan)
{
marilah kita eratkan silatulrahim
}

mengantuk = jem + penat;
if (mengantuk > kemampuan),
{
  rehat dulu,
  sambung memandu kemudian,
}

printf "Semoga selamat beraya dan selamat pulang"
}

Monday, July 4, 2016

Jom doa

Saudara/i...

📝 Doa untuk sahabatku penghuni group ini, hari terakhir di bulan Ramadhan 1437 H

1. Ya Allah jika di saat ini, ada keluarga dan sahabatku yang sakit, sembuhkanlah dia.  آمِيّنْ

2. Ya Allah jika di saat ini ada  keluarga dan sahabatku yang bermasalah, beri lah jalan keluar untuk dia.  آمِيّنْ

3. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang kesempitan rezeki, kau lapangkanlah rezekinya. آمِيّنْ

4. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bermasalah diantara satu sama lain damaikan lah mereka.  آمِيّنْ

5. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabatku yang sesat duniawi, kurniakan Nur kepada dia.  آمِيّنْ

6. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang lalai, kurniakan lah Hidayah Mu kepada dia.  آمِيّنْ

7. Ya Allah jika di saat ini ada keluarga dan sahabatku yang bersedih hati... kembalikan lah kecerian diwajahnya.  آمِيّنْ

8. Ya Allah jika disaat ini ada keluarga dan sahabat ku yang berada di persimpangan jalan yang  berliku, tunjukkan lah jalan yg diridhoi oleh Mu.

Berikan kami semua kesempatan untuk berjumpa kembali di Ramadhan tahun2 berikutnya.

آمِيّنْ  آمِيّنْ  آمِيّنْ  يَا رَبَّ العَـــالَمِيْن

Sunday, July 3, 2016

Rebonding

🍌 SANTAI RAMADHAN 🍌

Pak imam : kenapa
dgn rambut kamu tu nak?
Anak : rebonding Pak..
Pak imam : rebonding tu ape??
Anak : rambutnya diluruskan Pak..
Pak imam : oohhh..macam tu ye..

Pak imam pergi ke masjid utk solat.
Sebelum angkat takbir, Pak imam pandang ke belakang lalu terfikir utk mencuba perkataan baru itu.

"mungkin jemaah lain akan respek bila aku guna perkataan yang aku baru belajar tadi.."

Lalu pak imam berkata...
"REBONDINGKAN SAF ANDA!!"

Jemaah lain rebah berguling2..😊

Tips balik kampung

Untuk mudahkan urusan ketika balik raya di rumah mak ayah di kampung, sila ikuti 15 langkah berikut :

1. Bawa balik seterika sendiri. Supaya x berebut. Kalau muat bonet, angkut iron board sekali.

2. Rumah di kampung kadang x ada aircond, kipas terhad, bawa balik 1 kipas sendiri. Kalau dapat elakkan tidur hotel atau homestay melainkan wujud keperluan mendesak.

3. Bawa balik extention cable sekali. Taklah berebut nak cas telefon, nak iron, nak blender dll.

4. Kalau perlu, tilam@toto pun bawa sekali.

5. Boleh tidur lewat malam raya, tapi jangan sampai terlepas solat di pagi raya. Ramai buat macam tu.

6. Ajar isteri dan anak perempuan untuk tolong mak basuh pinggan dan kemas meja lepas makan. Anak laki tolong atuk kemas rumah sapu laman, bakar lemang, ligan ayam dll.

7. Untuk elakkan anak-anak 24 jam dengan talipon, mak ayah pun kena elakkan dari 24 jam tengok hp. Kepimpinan melalui tauladan.

8. Untuk suasana harmoni, elakkan orang lelaki buka baju atau merokok ketika ramai-ramai di ruang tamu, atau di meja makan. Ia terkait dengan aurat, keselesaan dan 'respect'.

9. Santuni adik beradik yang sedikit 'kurang' berada dari kita. Jangan sembang bab kereta, telefon baru, beli rumah, pergi Korea dll. Kalau ditanya, boleh dijawab ringkas. Fokus pada silaturrahim.

10. Bagi duit raya pada mak ayah ikut kemampuan. Sikit atau banyak, kena bagi. Duit memang penting, namun 'keberadaan' kita bersama mereka lebih disyukuri.

11. Jangan selalu terperap dalam bilik. Ini biasa hobi menantu perempuan. Ringan-ringankan tulang bantu di dapur. Dan 1 lagi, time raya ni lah nak kenal saudara mara. Kalau terperap dalam bilik, mana nak kenal siapa yang datang.

12. Kalau ada lebihan rezeki, tolonglah beli barang-barang dapur. Beras pulut, daun palas, daging 3-4 kg. Kuih raya 3-4 balang dll. Paling koman 'kordial sunquick' pun kira dah soleh tu.

13. Jangan mudah terasa dengan tutur kata adik beradik ipar duai. Belajar berlapang dada. Jangan cemari kemaafan syawal dengan kemarahan kita.

14. Bagi yang beraya di rumah mertua, cuba enjoy dan menerima seadanya. Mungkin tak sama dengan raya kat rumah sendiri. Tapi nasiblah, sapa suruh kahwin!

15. Kita balik kampung bukan kerana budaya. Tetapi kerana mak ayah kita. Tanggungjawab kita. Kalau mereka sudah tiada, memori masih terpahat di sana. Nikmati masa tersebut. Hargai dan syukuri sebelum ia pergi.

Sila tambah lagi kalau rasa ada tertinggal!

Salam Syawal

Taqabbalallahu Minna Waminkum

Pantun raya banjar

PANTUN RAYA BAHASA...

Uyuh mahadang sampai taguring...
hayam Jagau dimasak cabai...
umak takurihing, ayah takujihing...
anak cucu bulikan baimbai...!!

Bejarau kakanakan babukah-bukahan...
tasipak wadai ulahan paninian....
marista angahnya kadak tahagaan.....
dansanak kulaan sama-sama barelaan...!!

Tulak baraya ka rumah Timah....
disurongi katupat dalam idang...
amun sudi bailanganlah ka rumah....
katupat randang siap tahidang....!!!

Tulak ka kadai tahaga kulaan....
bertapeh hanyar kadak bergigik....
jom pang kita barilaan...
kolukok kadak tahaga lagik...!!

Tulak sakolah basango dodol...
tahaga upeh diulah kurita...
ramadhan talah syawal mancangol....
takurang talabih barilaanlah kita ...!!!