Assalamualaikum..
Nak tanya ni.
Sesetengah pihak yg kata, tak perlu nak timbulkan isu ni... Namun bagi saya, ianya sgt penting. Bukan kerana kepentingan diri, tapi demi masa depan dua org kanak2 ini..
Tambahan lagi mereka tu anak yatim, tinggal dgn opah dan kakak je. Tak salah rasanya sekadar hendak bertanya...
Upin dan Ipin tu bila nak masuk darjah satu?
Lama sgt dok tadika
blog ini memaparkan koleksi dari email entah dari sapa-sapa yang masuk mailbox aku. nak masukkan karya korang?? email ke skd2416@gmail.com, enjoy!!!
Friday, September 4, 2015
Kesian
Thursday, September 3, 2015
Malaysia 0 vs uae 10
Anak: Ayah.......ayah... UAE tu negara mana?
Ayah: Anak ayah, UAE tu Uruguay, Argentina, England.
Anak: Ooo. Patutlah Malaysia kena belasah sampai 10 gol. 3 negara bekas Juara Dunia lawan Malaysia rupanya.
Ayah: Ye betul anakku...
Tazkirah
Tazkirah yg indah...
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Berilah kesempatan seseorang untuk berubah. Karena seseorang yang hampir membunuh Rasul pun kini terbaring disebelah makam beliau iaitu Saidina Umar Al Khattab..
��������������
Jangan melihat seseorang dari masa lalunya. Seseorang yang pernah berperang melawan agama Allah pun akhirnya menjadi pedang-nya Allah(saifullah) iaitu Saidina Khalid Ibnu Walid.
������������
Jangan menilai orang dari rupanya. Karena Rasulullah saw melihat si pendek tak menawan iaitu sahabat beliau Saidina Julaybib r.a dikejar - kejar oleh para bidadari syurga.
��������������
Jangan memandang orang dari status dan hartanya. Karena sepatu emas fir'aun pun berada di neraka, sedangkan sandal lusuh Saidina Bilal bin Rabah kedengaran langkahnya di syurga
������������
Subhanallah....
������������
Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah-Nya, agar di setiap ilmu yang kita miliki, dapat menggerakkan kita untuk lebih dekat lagi dengan rahmat Allah.
آمين يارب العالمين
Wednesday, September 2, 2015
Jom kira umur
PERCAYA Ker tak????
Dari no. KERETA anda, kita dapat tahu umur kita..... Hanya Allah Maha mengetahui...
(1) Lihat angka terakhir no KERETA anda...
(2) Darab 2
(3) Ditambah 5
(4) Darab 50
(5) Ditambahkan 1765
(6) Ditolak tahun kelahiran anda.
Sekarang anda akan dapat 3 angka.
Angka pertama adalah angka terakhir no kereta anda...
Angka kedua dan ketiga adalah umur anda.. Cuba dan buktikan sendiri. Inilah ilmu matematik...
WORRIES END where FAITH BEGINS
A very poor woman with a small family called-in to a radio station asking for help from Allah. A non-believer man who was also listening to this radio program decided to make fun of the woman. He got her address, called his secretary and ordered her to buy a large amount of foodstuffs and take to the woman. However, he sent it with the following instruction: "When the woman asks who sent the food, tell her that its from the devil.'' When the secretary arrived at the woman's house, the woman was so happy and grateful for the help that had been received. She started putting the food inside her small house. The Secretary then asked her, ''Don't you want to know who sent the food?'' The woman replied, ''No, I don't even care because when Allah orders, even the devil obeys!
WORRIES END where FAITH BEGINS.
Tuesday, September 1, 2015
Nak cemerlang periksa english
Sedikit perkongsian drpd neg Tganu.Mungkin boleh dimanafaatkan.
PANDUAN UNTUK DAPAT A DALAM KERTAS 2 BAHASA INGGERIS
SECTION A
1. Gunakan ayat kompleks : contoh menerangkan 2 aktiviti dalam satu ayat.
Contoh : The man who wears a hat is holding a glass of milk while looking at his children.
2. Gunakan verb yang sesuai untuk setiap ayat untuk menerangkan apa yang ada di dalam gambar sahaja.
3. Gunakan kata sifat yang sesuai unuk manusia, haiwan atau benda yang ada di dalam gambar.Contoh ;
The cute baby is sleeping soundly in a beautiful cot.
4. Gunakan adverb yang sesuai. Contoh : The boy is arranging the books neatly.
6. Elakkan membuat ayat umum. Contoh : There are five pupils at the playground.
7. Elakkan menerangkan sesuatu objek mengenai warna kerana gambar adalah hitam putih.
.
9. Elakkan memberitahu subjek yang sama melakukan dua perbuatan dalam dua ayat.
10. Pastikan tiada kesilapan grammar dalam setiap ayat dan jangan melebihi atau kurang dari 5 ayat.
SECTION B
Bahagian (a)
1. Pastikan jawapan ditulis dalam petak yang betul.
2. Berhati-hati dengan huruf ‘s’ yang sering ditinggalkan oleh calon.
3. Elakkan menulis perkataan dengan bersambung di bawah.
4. Pastikan jawapan ditulis dengan lengkap.
5. Berhati-hati untuk maklumat yang tertera di dalam gambar kerana seringkali calon abaikan.
6. Pastikan harga ditulis denga symbol dan unit yang betul. Contoh RM25.90
Bahagian B
1. Baca arahan soalan untuk ketahui kepada siapa kita pilih.
2. Ayat selepas …because ( mestilah nyatakan pendapat anda sendiri)
3. Jangan tulis balik perkataan yang ada dalam petikan tetapi anda perlu membuat ulasan.
Contoh dalam petikan : RM 20.95…anda perlu tulis : The price is reasonable.
4. Pastikan jika anda pilih untuk orang lain, nyatakan ulasan anda berkenaan untuk orang yang dipilih.
5. Elakkan guna moreover, besides, furthermore….kerana boleh mengelirukan maksud.
6. Pastikan ulasan anda melebihi 3 isi untuk dapat markah penuh.
7. Gunakan ayat dalam masa Present Tense dan Future tense.
8. Pastikan anda mengulas semua isi yang ada dalam petikan gambar yang dipilih.
9. Elakkan mula ayat dengan tajuk kecil dalam jadual bahagian (a)
10. Elakkan guna similes dalam bahagian ini.
SECTION C
1. Baca arahan soalan untuk ketahui nama watak jika diberikan.
2. Guna nama watak yang ada dalam keywords jika diberikan.
3. Nama yang diberi perlu digantikan dengan pronoun(he/she/we/they) / personal pronouns (him/her/us/them)
Possessive adjectives (his/hers/their/our)
4. Jika ada keywords yang tidak difahami boleh diganti dengan perkataan lain asalkan tidak mengubah maksud cerita.
5. Gunakan Tenses yang betul . Kelazimannya dalam masa Past Tense / Past Continous / Past perfect. Present Tense diguna dalam pengenalan atau untuk menerangkan sesuatu yang tetap.
6. Tulis cerita anda mengikut susunan gambar.
7. Tulis ayat yang mempunyai unsur yang menarik. Contoh ; The sun was shining brightly. It was a perfect day to go outing.
8. Gunakan penghubung cerita seperti…after that, later, after a while, then, all of sudden, without hesitation, out of blue, finally.
9. Terapkan dalam ayat similes yang sesuai untuk kejadian atau situasi. 2 atau 3 similes sudah memadai.
Contoh : He was as scared as a mouse when he saw the stranger.
10. Pengenalan tiada markah. Oleh itu, tulis dua atau tiga ayat yang ada kaitan dengan cerita yang hendak ditulis.
11. Karangan yang sistematik mempunyai perenggan kerana ia menunjukkan karangan itu ditulis mengikut gambar yang diberi dan mempunyai idea yang harmoni.
12. Untuk ketahui tenses apa yang perlu diguna, perhatikan verbs yang ada dalam keywords.
13. Jika dalam keywords ada verb dalam present tense, maka anda perlu guna ‘to’ sebelumnya.
14. Jika anda hendak guna ‘had’ dalam ayat pastikan tulis masa. Contoh : The lady had lived in the village ten years ago.
15. Gunakan verb to be yang betul dalam Past Tense. Contoh penggunaan was/were sebelum verb.
was ea
Fakta Pohon Zaqqum
السلام عليكم ورحمة الله وبركته
Akhir-akhir ini ramai yang menyebarkan artikel beserta gambar pohon Zaqqum yang kononnya tumbuh di satu tempat di Saudi Arabia iaitu di satu tempat yang bernama Thoif.
Saya terpanggil untuk menjelaskan kepada masyarakat tentang pohon Zaqqum ini. Kita akan melihat dan menilai fakta ini dengan menilai semula makna dan maksud pohon Zaqqum yang dinyatakan oleh Allah s.w.t dengan merujuk kepada kitab-kitab Tafsir dan Hadis.
Pohon Zaqqum ini disebut beberapa kali di dalam al-Quran iaitu pada beberapa surah iaitu pada surah al-Waqi'ah ayat 52, surah al-Shoffat ayat 62, 63, 66 & 67, 68, surah al-Isra' ayat 60, dan juga Surah al-Duqan ayat 43.
Dari ayat-ayat ini dapat kita simpulkan bahawa Allah Jalla Wa Ala hanya menyebut pohon Zaqqum itu adalah makanan yang akan dimakan oleh penghuni neraka. Hanya pada Surah al-Shoffat sahaja Allah telah menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan pohon Zaqqum. Pada ayat 63 dalam surah tersebut Allah menjelaskan
إِنَّهَا شَجَرَةٌ تَخْرُجُ مِنْ أَصْلِ الْجَحِيمِ
Sesungguhnya ia adalah pohon yang tumbuh dari dasar neraka yang marak menjulang apinya.
Ayat ini menunjukkan bahawa bukanlah pokok zaqqum itu tumbuh di muka bumi ini tetapi ia hanya tumbuh di dasar neraka dan ia tumbuh dalam api yang marak menyala. Kenyataan ini dikuatkan lagi dengan hadis Nabi ﷺ yang menjelaskan kepada kita bahawa pokok Zaqqum ini akan menghancurkan kehidupan seluruh penduduk bumi.
Nabi Muhammad ﷺ bersabda: “Jikalau setitik air buah zaqqum itu menitik ke dalam dunia ini nescaya ia merosakkan penghidupan penduduk bumi, maka bertapa dahsyatnya halnya orang yang buah zaqqum itu menjadi makanannya.” HR Al-Tirmizi
Akal manusia yang terhad pemikirannya ini sukar untuk menerima sehingga orang-orang kafir selalu mengejek Rasulullah ﷺ kerana akal mereka hanya dapat memikirkan bahawa pohon kayu adalah bahan bakar kepada api tidak mungkin ada pohon yang dapat hidup di dalam api yang marak menjulang.
Oleh yang demikian Allah s.w.t menurunkan ayat :
وَالشَجَرَةَ الْمَلْعُونَةَ فِي الْقُرآنِ نُخَوِّفُهُمْ فَمَا يَزِيدُهُم إِلَّا طُغْيَانَا كَبِيرَا
“Dan demikian juga Kami jadikan pokok yang dilaknat di dalam Al-Quran; Dan Kami menakut-nakutkan mereka (dengan berbagai-bagai amaran), tetapi yang demikian itu hanyalah menambah besarkan kederhakaan mereka dengan kekufuran yang melampau.”
Kesimpulan yang dapat dibuat di sini ialah tidak mungkin pohon Zaqqum itu tumbuh di muka bumi ini kerana ia bercanggah dengan apa yang dijelaslan oleh Allah di dalam al-Quran dan ia juga bercanggah dengan Hadis Nabi ﷺ.
Apa-apa perkara yang bercanggah dengan al-Quran dan Hadis Nabi ﷺ atau bercanggah dengan salah satu daripadanya maka ia tidak dapat diterima sebagai satu fakta bahkan ia menjadi satu pendustaan yang besar terhadap agama Allah s.w.t dan juga pendustaan terhadap Nabi ﷺ
Wallahu A'lam