Saturday, July 4, 2015

Keliru

Di sebuah warong di simpang 4 Kerdau

Deraman : haa, ngape Tok Empat, ketat jer muke?

Tok 4 : inilah keje pembangkang, dok nipu rakyattt jer.

Brahim : goner nye ter Tok Empat?

Tok 4 : deme ni bekabor minyok naik rege, pedooh ke lubang taik!!!

Leman : ye, Tok Empat, tv ande bekabor, soh2 naik...

Tok 4 : tadi, koi bawok Kancil koi ke BHP Dese Merni ter, koi
mintok isi duaploh hinggit, deme isi duaploh hinggit,
takyoh tamboh duitpon, koi xpuah ati koi pecot ke Petronas Batu 3
plok, koi mintok isi seploh hinggit, deme isi seploh hinggit, xyoh
tamboh jugok, kalu naik mesti kene tamboh duit dak?

Org2 kmpong hok mendengar, hanye mampu tersnyum
sambil menanti penyudoh citer...

Tok 4 : dlm ati koi, gamoknyer, Kerdau ngan Batu 3 dok
naik lg minyok ni, koi tros ke Mentakab gi Petron
mintok plok bangla ter isi seploh hinggit, nok acu trai...
owkme tau, sampei RM 9.30 pam berenti, budok bangla ter
pulang tujuh posen ke koi, minyok trun ropernyer... bukan naik, ter koi hok ngelegok
ngat mempedei bila org bekabor minyok naik ter...

MORAL - JGN JADI SERUPER TOK EMPAT TER
                 - KANCIL TAK MUAT ISI RM40!!

Malaysia masih aman

Aku duduk dlm rumah bosan, okay bukalah TV, TV biasa je tiada Astro, buka TV1 kutuk PR, buka TV2 kutuk PR, buka TV3 perghhh lagi hebat kutuk PR... hurmmm nak masuk Astro lah, masuk 27hb (masuk Free) dah masuk Astro satu cerita,188X ulang tayang... Sampai 28hb TV jadi gelap, (ni mesti kena potong ni), angkat Fone call astro, encik, kenapa tv saya jadi gelap? astro jwb Encik kena byr bil dulu baru boleh cerah, Aku ckp xboleh tunggu cukup bulan ke baru potong.. 27hb belum dpt gaji... Astro ckp encik masuk 27hb, mesti 27hb bayar, (kejamnye) okay takpelah, TV gelap smpai 30hb gaji aku byr... tiba2 time nak byr kena denda Rm20 (penyambungan) n cukai 6%, perghhh kalau tiap2 bulan mcm ni masyakkk! Tiba2 teringat kata menteri, "kalau taksuka Astro, Tgok tv biasa", Okay aku STOP Astro, tgoklah TV biasa yg hari2 kutuk PR tu... tiba2 teringat eletrik pula naik, ok aku tutup terus TV.. Sembang2 dahaga pula.. jalan kaki pergi Market nk beli gula dgn kopi, tgok Harga gula mahal, tiba2 teringat kata2 menteri, "Gula mahal sbb nak elakkan Diabetis", ok tak jadi beli gula, balik minum kopi kosong je.. dah minum air dpt call member ajak pergi rumah dia ada kenduri sikit, ok start kereta, tiba2 teringat kata2 menteri, "jgn guna Tol kalau mahal, guna jln lama" tapi kalau aku guna jln lama jauh, minyak pulak mahal (kataku dlm hati),,, okay takjadi naik kereta, naik.basikal je... dlm 1jam 45min smpai rumah kwn, Sampai rumah kwn, kwn hidang air kosong+nasi dgn sayur.. aku tanya kwn, mkn sayur kangkung je ke? kwn jwb "yerla kan menteri ckp kalau ayam mahal mkn daging, kalau daging mahal mkn ikan,Skrg ni semua mahal, mkn sayur kangkung jela murah" ok lepas mkn nk blk lah.. kayuh basikal smbil terfikir apa la nak jadi dgn malaysia ni, tiba2 teringat kata menteri "kalau tak suka dgn malaysia,Sila keluar dari Malaysia" ok sampai je rumah aku kemas barang2 dan siap nak pindah ke planet PLUTO. Jilakee...!!!

Oh my english

i want speaking wif u..but i dok leh speking orang putih..because my blood not coming from london...my blood coming. from Kelantan...u know Kelantan??                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        yess that right Kelantan have budu!! perghhh sedap bohh...u can cicoh wif petai..is koho sdp..but at london u cannot rase this...??                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        at london have london cakorol..very2 dok sedak..i try that but i muntoh balik..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        cuzz dok bismillah.  i know im so bijak in english...butvi can speaking because my mader ajor...  my mader is english cikgu..my mader is your mader too...                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        i want kongsi my story but butpe ehh payoh bena speaking orang putih..                                                                                                                                                                                                                                                                                                                        u know what...??? my english language have gred G... im so sedih. im nok go at afrika but pitih tadok skepeng HABUK...       

Monday, April 13, 2015

TIGA BELAS MOTIVASI untuk para Guru مربى Jadikan Point-point ini sebagai Panduan & Muhasabah Diri sama ada dalam keadaan Gembira, Stress dan sebagainya. __________________________ 🔹MOTIVASI PERTAMA janganlah kamu mengambil cuti sakit sedangkan kamu tidak sakit. Kerana kamu telah menghimpun dua ma'siat, yaitu berbohong dan makan wang gaji yang haram. Demi Allah kamu bersusah berserta taqwa & takut kepada Allah SWT lebih baik untukmu. 🔹MOTIVASI KEDUA Terimalah pelajar-pelajarmu dengan segala kekurangan yang ada pada mereka, kerana mereka bukanlah Malaikat atau Syaitan. Tidak ada jalan untuk kamu lari daripada memperbaiki apa-apa kekurangan atau kesalahan mereka, kerana kamu adalah pendidik dan HARAPAN mereka. 🔹MOTIVASI KETIGA Tunjukkanlah penghargaanmu terhadap PELAJAR/MURID dan terangkan kelebihan mereka sebagai penuntut ilmu, agar kesan pengajaranmu lebih cepat sampai kelubuk hati mereka. 🔹MOTIVASI KEEMPAT Ingatlah sesungguhnya ramai orang-orang BESAR, disebabkan tunjuk ajarmu itu sebagai Guru, melonjakkan dan menyalakan lagi cita-cita mereka hingga sampai kepuncak. Maka jadilah kamu 'MASTER PLAN' orang-orang besar. 🔹MOTIVASI KELIMA Baikkanlah layananmu terhadap pelajar-pelajar dan tinggalkanlah kesan yang baik kepada mereka. Berapa ramai daripada guru mendapat do'a kebaikan yang berterusan, meskipun sudah berada didalam tanah. 🔹MOTIVASI KEENAM Setiap mata pelajaran boleh dihubung kaitkan dengan pendidikan agama kita dengan mencari kaedah yang bersesuaian. 🔹MOTIVASI KETUJUH Setiap detik yang kamu TERLAMBAT atau kamu tinggalkan kelas sebelum selesai masa tugasmu, itu adalah hak pelajar yang akan dituntut pada hari hisab/akhirat kelak. 🔹MOTIVASI KELAPAN Berapa ramai daripada guru kerana memberi tunjuk ajar yang baik kepada anak muda, lantas dengan sebab itu dia mendapat do'a yang ikhlas dan kebaikan yang berterusan. "Ya Allah..!, tambahkan ilmu, rahmati dan berkatilah kepada guru-guru kami yang kuat cergas dan amanah". 🔹MOTIVASI KESEMBILAN Dihadapanmu ada generasi yang jiwa mereka berkobar dengan kesedaran, cintakan ilmu dan semangat yang tinggi. Semoga pengajaranmu menyalakan hati dan cita-cita mereka yang akan membawa KEBAIKAN kepada umat. 🔹MOTIVASI KESEPULUH Ingatlah sesungguhnya kamu punya anak-anak yang mereka belajar dengan para guru seperti kamu mengajar anak orang lain. Maka ajarlah anak-anak muridmu dengan baik agar anak-anakmu diajar oleh para guru dengan baik pula. Balasan untukmu sepadan dengan amal perbuatanmu. 🔹MOTIVASI KESEBELAS Ikhlaskanlah kerjamu kerana Allah, kerana kamu sedang melaksanakan kerja para Nabi. Bila kamu mengharapkan upah daripada kerjamu, maka sesungguhnya semua kerja buatmu itu adalah memberatkan timbangan amal KEBAIKANMU diakhirat nanti. 🔹MOTIVASI KEDUA BELAS Pesanan ini adalah merupakan hadiah BERHARGA kepada para guru agar dapat jadikan amalan untuk mendapatkan kebaikan yang banyak. 🔹MOTIVASI KETIGA BELAS Sesungguhnya Allah perintahkan kamu untuk menyampaikan amanah kepada yang berhak menerimanya. Dan sesiapa yang terpilih menjadi Guru adalah manusia yang beruntung kerana kerja seorang Guru adalah MULIA. __________________________ * TERIMA KASIH kepada para Guru, kerana respon baik yang diberikan. *Tugas Guru bukan hanya Mengajar tetapi Mendidik. *Kunci untuk berkhidmat adalah IKHLAS🔹SABAR🔹 ISTIQAMAH🔹

Friday, October 31, 2014

Confusing Chinese Names




Caller : Hello, can I speak to Annie Wan (anyone)?

Operator : Yes, you can speak to me.

Caller : No, I want to speak to Annie Wan (anyone)!

Operator : You are talking to someone! Who is this?

Caller : I'm Sam Wan (Someone). And I need to talk to Annie Wan (anyone)! It's urgent.

Operator : I know you are someone and you want to talk to anyone! But what's this urgent matter about?

Caller : Well... just tell my sister Annie Wan (anyone) that our brother Noel Wan (no one)has involved in an accident. Noel Wan (no one)got injured and now Noel Wan (no one) is being sent to the hospital. Right now, Avery Wan (everyone) is on his way to the hospital.

Operator : Look if no one was injured and no one was sent to the hospital, then the accident isn't an urgen t matter! You may find this hilarious but I don't have time for this!

Caller : You are so rude! Who are you?

Operator : I'm Saw Lee (Sorry).

Caller : Yes! You should be sorry. Now give me your name!!



Thursday, October 9, 2014

5 rahsia orang cina kaya raya........ orang melayu wajib baca
1. Kerja makan gaji itu sementara, untuk pengalaman hidup. 
Orang cina perlu berniaga untuk membangun masa depan dan keturunan mereka.
2. Pelanggan lebih penting dari untung
untung jangan letak banyak2, sedikit tapi berterusan,
pelanggan adalah raja, kehilangan pelanggan adalah musibah. 
keuntungan boleh dicari , pelanggan setia sukar ditemui.
3. orang cina jarang bangkrup, kecuali 2 perkara: 
berjudi dan kaki perempuan/ada perempuan simpanan.
4. modal orang cina 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,
1 mangkuk untuk keluarga, 
1 mangkuk simpanan, 
3 mangkuk untuk modal balik.
5. kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal, 
mereka akan tanya, berapa bunganya ?
bukan berapa ansuran tiap-tiap bulan ?
"Pasal apa Melayu tak kaya-kaya"
1. Kerja makan gaji itu seumur hidup. 
tapi lifestyle mesti menggambarkan macam kerja bisnes...hutang lebih dari gaji
2. Untung lebih penting dari pelanggan.
Untung mesti mau banyak. Kalau pelanggan tak suka..mesti ada pelanggan lain.. "lu tak suka lu pegi kedai lain lah"
3. orang melayu selalu bankrap dalam semua hal.
Kaki tipu..kaki kencing..kaki khianat..kaki dengki...kaki sihir dan bermacam kaki lagi
4. modal orang melayu 1 mangkuk mesti dapat balik 5 mangkuk,
1 mangkuk untuk keluarga, 
1 mangkuk simpanan dan modal, 
3 mangkuk untuk beli banglo, merc, bmw...bior pape ase bergaye
5. kalau mereka ditawarkan pinjaman untuk modal, 
mereka akan tanya, berapa lama boleh bayar balik?
boleh refinance tak ?
dengki dan busuk perut pd bangsa lain jgk merupakan faktor diorang berjaya dan kaya raya.
P/S: Cina guna BRAIN. Org kita ramainya guna HASAD DENGKI.
Cina dengki dgn cina yg lain tapi bersaing secara sihat. Org kita guna BOMOH. 
Cina guna NETWORK (cth: Hokian Club). Kita guna CABLE (tak berkat).
So ke mana org kita nak pi lps ni? Jgn terjajah di bumi sendiri udah ler


Monday, September 15, 2014

hantukah kita?

Anak : Ayah , Hantu Wujud Ke ?
Ayah : Tak , Hantu Tidak Wujud .
Anak : Orang Gaji Kita Cakap , Hantu Tu

Wujud .
Ayah : Kemas Barang Kamu Sekarang !
Anak : Kenapa Pula Ayah ?
Ayah : Kita Mana Ada Orang Gaji !
Anak : Omg !!
Anak : Mak ! Kemas Barang Cepat !
Emak : Kenapa Pula ?
Anak : Ayah Cakap Rumah Nie Berhantu .
Emak : Ayah ? Ayah Sudah Meninggal
Sebelum KamuDilahirkan!
Anak : Abang ! Betul Ke Ayah Kita Dah
Meninggal ?
Abang : Ha ? Sapa Beri Tahu Kamu !
Anak : Emak Beritahu Tadi .
Abang : Emak Dah Meninggal Semasa
Melahirkan Kamu
Anak : Haaa !!
Abang : Kamu Jaga Larhh Diri Sendiri
Anak : KenapaPulak ?
Abang : Sebab Abang Telah Digugurkan 5
Tahun SebelumKamu Dilahirkan
Anak : :.?!!?,,#/ nak: lari sekuat hati nak
nyorok kat umah jiran
jiran: kenape kamu belari ?
anak: semua ahli keluaga sy dah meningga
jiran: Ron ! kemas beg pakaian kita
sekarang !!
Ron: kenapa mak ?
jiran: rupa nya kita berjiran dengan hantu !
Ron: siapa bgtau mak ?
Jiran: kawan kamu salim
Ron: mak !! Salim dah meningga 2tahun
lepas !
Ron: ayah ! cepat keluar dari sini !! kita
berjiran dengan hantu !!
ayah Ron: sape kabo ke kamu ?
Ron: mak
ayah Ron: haaaahhhh ??!! mak kamu dah
RIP sebelum melahirkan adik kamu !
Ron: kakak !!!! mari kita lari !!
kakak: why huny bunny Ron ?
Ron: kita berjiran malah tinggal dengan
hantu !!!!!
kakak: siapa bilang ?
Ron: ayah !
kakak: Ron !!!!!!!!!!!!!!!!!! ayah dah RIP
semasa menghantar mak ke hospital
semasa melahirkan kamu !!!
Ron: ....
kakak: enough Ron ... sebenarnya kami
semua sudah tiada... kamu pun dah takda..
cukuplah bermain, mari balik ke kubur .. hari
dah senja.. nanti kang kena sorok dek antu
kopek.. moh deghaih....

Dalam perjalanan nk gi kubur..

Ros : (Nampak Ron dngan keluarganya) Ayahhh!!!
Pak Aji : Pasaipa ni?
Ros : Cheq nampak Ron dengan keluarga dia tengah jalan!
Pak Aji : Jadi?
Ros : Kan depa dah meninggal!
Pak Aji : Memanglah. Ayah pun dah meninggal 2 tahun lepas.
Ros : (Lari ke emaknya) Makkk!!
Mak Aji : Awat ni?
Ros : Ayah dah meninggal!
Mak Aji : Jadi?
Ros : Ros cakap dengan ayah tadi!
Mak Aji : Kamu pun tengah cakap dengan mak. Mak pun dah meninggal 3 tahun lepas sebab melahirkan adik kamu.
Ros : (Lari ke abang) Abanggg!!!
Abang : Awat hang duk jerit2 ni?
Ros : (Berhenti)
Abang : Pasaipa dengan hang ni?
Ros : (Ambik pistol tmbak kepala)
Abang : Ya Allah! Kenapa dengan hang ni? Dah gila ka apa?
Ros : Sudah lah. Abang pun dah mati kan?
Abang : Sebenarnya, aku bukan abang hang
Ros : Habis tu, ini siapa?
Abang : Aku orang bunian lah!
Ros : TIDAKKKK!!
Adik : Sudahlah kak. Jom pergi kubur. Mak dengan ayah dah tunggu dah tu...
Ros : (ikut je lah)

Tiba-tiba...

Pengarah : Cut!! Pandai kamu semua berlakon! Syabas! Saya nak kamu semua macam ni lah. Okay, itu saja setakat ini. Esok, kita sambung lain. Kemas barang cepat!