Monday, August 15, 2011

Petua TercekikTulang


Aku datang dari keluarga yg besar...16 adik beradik, bila sesekali berkumpul, dah tentu mak aku akan buat majlismakan besar-besar dan best-best!!! Dalam ramai2 adik beradik, bukan semua yg suka stail aku, apabila aku bawa gaya hidup "gaya pulang ke pangkal jalan'"...maka adalah yg tak kena sana sini...oh..

Masa makan, aku pun duduk lah cara Nabi..(rujuk ustaz) lalu ada yg sound:
"apahal duduk macam nak berlari ajer...."
"tak baik lutut tinggi pada makanan.."
" ni duduk ke nak berak nie..?"

Oleh sebab aku lelaki beriman, maka aku buat muka seposen...aku pun basuh tangan,

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. 朒utang kereta/ rumah/ kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Sambung balik, aku pun berpikir...ada baiknya juga Nabi tak makan pakai sudu @ garfu, kalau Nabi makan pakai sudu, susah pulak org miskin macam aku nak ikut sunnah Nabi, nak pakai sudu material apa? stainless steel ke inconnel 601? Nak pakai colour camne? matelic ke cooper?kan susah tu!!!

Tu belum lagi jika Nabi makan pakai kerusi dan meja...bentuk bulat ke bentuk heksagon?, oktagon?, nanagon? nak kena pergi Kedai perabot buat ansuran mudah! jimat ! hanya RM 1 dan tunggu 30 hari, kunjungilah kedai perabot terbesar di Malaysia, bla bla bla!!! Oh..

Biasa korang belajar doa makan macam nie:
"Allahummabariklana (hingga akhir)
Tapi tu sebenarnya doa tengok makanan, doa makan mudah sajer:
"Bismillah, barkatillah"

Lepas tu makan lah, dengan tiga jari (sunnah Nabi) kemudian, ada pulak suara2 yg sound:
"Eh, kenyang ke makan dengan tiga jari? "
Aku kata: "huh, anak cina makan dengan dua kayu elok2 habis nasi satu pinggang!!! "Tapi oleh kerana aku sorang jer yg makan dengan tiga jari, org lain makan dengan lima jari, maka aku lihat kadar flow of suapan dan kadar quantity of lauk-pauk diorang lebih laju dan maju, maka aku menukar jariku dari 3 kepada 5...oh..tepuk dada tanya iman..

Kemudian aku minum dari tangan kanan yg tidak berbasuh...
Diorang tegur: "essh..pengotor betullah"
Aku kata: "Apa pulak kotor, aku makan nasi, bukan tahik!!!"(tapi aku kata dalam hati sebab aku lelaki beriman)"Nie, apahal jilat2 jari nie? lucah betul!!"-tanya diorang pada aku...
"Makan ayam sedap sampai ke kaki....makan sate sedap sampai ke lidi he he heh"-kataku.
Banyak pulak diorang komplen cara aku makan..err maksud aku cara Nabi makan... aku tahu tak berguna berdebat ngan mereka kalau aku ubah topik dengan bertanya :
Tahukkah korang kenapa lembu makan rumput dan kambing makan daun?
Abang aku kata: sebab tengkuk lembu berat...bla bla bla..
Aku kata: "salah!!! lembu makan rumput dan kambing makan daun sebab mereka lapar!!!(taklawak) ha ha ha!!!"
Aku menyambung: "Penting makan cara Nabi sebab kita hari2 makan, tapi bila tak ikut sunnah, maka jadi macam lembu dan kambing makan sajer, namun bila korang makan macam Nabi saw makan, maka di kira ibadat...

Masa nak makan, niatlah makan kerana perintah Allah, namun kena nafikan makanan yg bagi kenyang..hakikatnya kenyang datang dari kudrat Allah. "

Tiba2 mak aku tercekik tulang ikan.. (bayangkan seorang mak cik sedang tercekik tulang) Kemudian, Mak aku mendapat nasihat secara berperingkat, ada yg sarankan agar makan pisang, minum air dengan capat, makan nasi kepal dan lain2, tapi masih tak berjaya.. kesian mak aku...

"Huh! Hamka, Takkan kau tak tahu cara sunnah Nabi nak buang tulang tercekik camne?..cakap terer.."(kata abang aku)Aku kata: "senang sajer...Mak angkat kedua-dua tangan ke atas.. "

Mak akupun buat..tapi masih tak jadi..
Aku kata: "lurus Mak, tangan mak dua-dua kena lurus... !!!"
(bayangkan seorang makcik yg sedang duduk bersila sambil kedua-dua tangan diluruskan ke atas, tangan kanan masih terdapat sisa2 nasi, manakala di lengan dan tengkuk di penuhi dengan rantai emas..)

Aku kata: "Sekarang sebut: SUPERMAN RETURN!!!!!! "

HA HA HA.. (semua org ketawa)-nasi berhembur-hembur di sana sini.

Mak aku juga ketawa..sehingga tulang yg tercekik itu terkeluar..
Semuanya dari Allah!!!

He he he...selamat mencuba, ni bukan hadith,,just pengalaman.

PS: sekiranya rakan korang menjadi mayat (over ketawa sehingga tulang mencucuk tengkuk) sesungguhnya penulis tidak bertanggung jawab!!! (supermanpun akan jadi mayat).

pinggan untuk ayah

SEORANG lelaki tua yang baru kematian isteri tinggal bersama anaknya, Arwan dan menantu perempuannya, Rina, serta anak pasangan itu, Viva yang baru berusia enam tahun.

Keadaan lelaki tua itu agak uzur, jari jemarinya sentiasa menggeletar dan pandangan pula semakin hari semakin kabur.

Malam pertama berpindah ke rumah anaknya, mereka makan malam bersama. Lelaki tua merasa kurang selesa menikmati hidangan di meja makan.

Dia merasa amat canggung menggunakan sudu dan garpu. Selama ini dia gemar bersila, tapi di rumah anaknya dia tiada pilihan. Cukup sukar dirasakannya, sehingga makanan bersepah tanpa dapat dikawal. Bukan dia tidak merasa malu berkeadaan begitu di depan anak menantu, tetapi dia gagal menahannya.

Lantaran kerap benar dijeling menantu, seleranya patah. Dan tatkala dia mencapai gelas minuman, pegangannya terlucut. Prannnnngggggg ... !!
Bertaburan kaca di lantai.

Lelaki tua serba salah. Dia bangun, cuba mengutip serpihan gelas itu, tapi Arwan melarangnya. Rina masam mencuka. Viva pula kesian melihat datuknya, tapi dia hanya melihat, kemudian makan semula.

"Esok ayah tak boleh makan bersama kita," Viva mendengar ibunya berkata pada ayah, sebaik datuk menghilangkan diri ke dalam bilik. Arwan hanya membisu. Namun sempat anak kecil itu merenung tajam ke dalam mata Arwan.

Sebagai memenuhi tuntutan Rina, Arwan membeli sebuah meja kecil yang rendah, lalu diletakkan di suatu sudut bilik makan. Di situlah ayahnya menikmati hidangan bersendirian, sambil anak menantu makan di meja berhampiran. Viva pula dihalang apabila dia merengek mahu makan bersama datuknya.

Air mata lelaki tua meleleh mengenang nasibnya diperlakukan begitu. Ketika itu dia teringat kampung halaman yang ditinggalkan. Dia terkenang arwah isterinya. Lalu perlahan-lahan dia berbisik: "Miah... buruk benar layanan anak kita pada abang."

Sejak itu, lelaki tua merasa tidak selesa tinggal di situ. Hari-hari dia diherdik kerana menumpahkan sisa makanan. Dia diperlakukan seperti hamba. Pernah dia terfikir untuk lari dari situ, tetapi mengenangkan cucunya, dia menahan diri. Dia tidak mahu melukakan hati cucunya. Biarlah dia menahan diri dikelar dan dicalar anak menantu.

Suatu malam, Viva terperanjat melihat datuknya makan menggunakan pinggan kayu, begitu juga gelas minuman yang diperbuat daripada buluh. Dia cuba mengingat-ingat, di manakah dia pernah melihat pinggan seperti itu. "Oh! Ya..." bisiknya. Viva teringat, semasa berkunjung ke rumah sahabat papanya dia melihat tuan rumah itu memberi makan kucing-kucing mereka menggunakan pinggan yang sama.

"Taklah pecah lagi, kalau tak, nanti habis pinggan mangkuk mama," kata Rina apabila anaknya bertanya.

Masa terus berlalu. Walaupun makanan berselerak setiap kali waktu makan, tiada lagi pinggan atau gelas yang pecah. Apabila Viva merenung datuknya yang sedang menyuap makanan, kedua-duanya hanya berbalas senyum.

Seminggu kemudian, sewaktu pulang dari bekerja, Arwan dan Rina terperanjat melihat anak mereka sedang bermain dengan kepingan-kepingan kayu. Viva seperti sedang membuat sesuatu. Ada penukul, gergaji dan pisau di sisi nya. "Eh, apa sayang buat ni? Berbahaya main benda-benda ni," kata Arwan menegur manja anaknya. Dia sedikit hairan bagaimana anaknya dapat mengeluarkan peralatan itu, sedang ia disimpan di dalam stor.

"Nak buat pinggan, mangkuk dan gelas untuk ayah dan emak. Bila Viva besar nanti, taklah susah cari. Kesian ayah, terpaksa ke bandar beli pinggan atuk," kata Viva.

Gamam mendengar jawapan anaknya, Arwan terkedu. Perasaan Rina terusik. Kelopak mata kedua-duanya bergenang. Jawapan Viva menusuk, seluruh tangkai jantung dirasa seperti dihiris sembilu. Mereka benar-benar rasa bersalah!

Malam itu Arwan memimpin tangan ayahnya ke meja makan. Rina menyenduk nasi dan menuang minuman ke dalam gelas. Nasi yang tumpah tidak dihiraukan. Viva beberapa kali memandang ibunya, kemudian ayah dan akhir sekali wajah datuknya. Dia tidak bertanya, cuma tersenyum selalu bagi menyatakan rasa seronok duduk bersebelahan datuknya di meja makan.
Lelaki tua itu juga tidak tahu kenapa anak menantunya tiba-tiba berubah.

"Esok Viva buang pinggan kayu tu, nak buat apa?" kata Viva pada ayahnya selepas makan. Arwan hanya mengangguk, tetapi dadanya terus sebak.

MORAL OF THE STORY: Hargailah kasih sayang kedua orang tua kita.....Ibubapa kita hanya satu, perginya tidak akan ada pengganti...jadi, berbaktilah kepada mereka selagi hayat dikandung badan!

Wednesday, August 10, 2011

ALERT : Taktik Terkini Penipuan Kad Kredit

sumber:PPIM


Saya dah kena minggu lepas. Nasib baik saya masih waras dan tidak mudah tertipu.
Skrip nya lebih kurang begini :
Ring… ring… (panggilan masuk ke telefon anda)
Bila anda angkat … akan dengar mesin bercakap !!
“Ini adalah panggilan dari pusat kad kredit AmBank … tekan 1 untuk menyemak baki kredit, tekan 2 untuk menyemak status kredit , tekan 3 untuk bercakap dengan pegawai khidmat pelanggan.”
Belum sempat kita tekan apa-apa .. orang berkenaan akan meminta kita memberikan nombor kad pengenalan untuk tujuan pengesahan.
Kemudian orang berkenaan akan memberi tahu kita bahawa panggilan ini adalah bagi tujuan pengesahan mengenai pembelian yang menggunakan kad kredit dan beliau mahu kita mengesahkan transaksi tersebut.
Kita sudah pastinya akan menafikan transaksi tersebut kerana kita tidak tahu menahu. Pemanggil itu kemudiannya akan meminta kita membuat lapuran terus ke “BANK NEGARA MALAYSIA” . Dia kemudiannya akan memindahkan panggilan ke “bank negara” .
Tot… tot … tot … Tak sampai beberapa saat “bank negara” pun menjawab. Terus dia minta nombor kad pengenalan dan nombor kad kredit kita bagi tujuan membuat lapuran.
Terlalu cekap “bank negara” ini kerana dia telah tahu apakah jenis lapuran yang ingin kita buat, cuma dia perlukan nombor kad kredit kita untuk pengesahan.
Jika kita akal pendek.. kita akan berikan nombor kad kredit kita, maka bermulalah zaman kegelapan kita.
Begitulah modus operandi terkini sendiket penipuan ini. Berkomplot antara “AmBank” dan “Bank negara Malaysia”.
Suara lelaki dari “Ambank” adalah seorang keturunan India yang tak berapa fasih bahasa Inggeris ataupun bahasa Melayu. Suara wanita dari “Bank Negara Malaysia” adalah keturunan Melayu yang fasih berbahasa Melayu dan Inggeris.
Berhati-hatilah …

Tuesday, August 9, 2011

Siapa Mary bang?


Pada suatu hari yg tenang..seorg suami
sedang relaxs sambil duduk membaca
suratkhabar. ....tiba2 dtg si isteri membawa
tudung periuk....PANG! !....diketuknya
atas kepala si suami.....si suami yg
terpinga2... ..bertanya. .... 

"Aper hal ngan awak nih....kenapa awak
ketuk kepala saya??....si isteri pun
menjawap.... "nah! awak tengok nih....
sambil menunjukkan secebis kertas yg
tertulis nama....'Mary' ....si isteri
tentula menyangka si suami mempunyai
kekasih lain yg bernama Mary....dgn
tenang si suami menjawab.... ooo....
itu nama kuda yg saya bertaruh semalam
.....namanya Mary.....si isteri pun agak
puashati ngan penjelasan suaminya..terus
menyambung kerja di dapur..... 

Selang seminggu berlalu ketika si suami
sedang rehat2 membaca suratkhabar seperti
selalu.... PANG!!!....kali ini dengan
lebih kuat lagi!....si suami pun bertanya
....aper hal plak awak ketuk kepala saya
kali nih???...dengan selamba..si isteri
menjawap.... "kuda awak telefon!!".. ... 
P/s: Lain kali nak tipu bini tu cariklah
alasan yang lebih selamat

Email from underground


A man checked into a hotel. There was a computer in his room, so he decided to send an e-mail to his wife. However, he accidentally typed wrong e-mail address, and without realizing his error, he sent the e-mail.

Meanwhile, somewhere, a widow had just returned home from her husband's funeral. The widow decided to check her e-mail, expecting messages from relatives and friends. After reading the first message, she fainted. The widow's son rushed into the room, found his mother on the floor, and saw the computer screen which read:

To: My Loving Wife
Subject: I've Reached Safely
Date: 21 st July, 2004

I know you're surprised to hear from me. They have computers here now, and we are allowed to send e-mails to our loved ones. I've just reached safely and have been checked in. I see that everything has been prepared for your arrival tomorrow. Looking forward to seeing you then! Hope your journey is as uneventful as mine was!

Wednesday, August 3, 2011

BIL TELEFON MELAMBUNG

Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami :
 Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat kerja ayah.

Isteri :
 Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat kerja saya...

Anak :
 Oh sori ye..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan, saya gunakan telefon tempat saya kerja jugak

Maid :
 Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat di kerja. Sama juga dengan saya....
 

Monday, August 1, 2011

Lawak Memancing


“Suatu petang.. ketika hari selepas hujan.. seorang atok duduk ditepi paya dengan memegang pancing sambil merokok..
Orang-orang yang melihatnya kehairanan.. ada yang kasihan dan ada juga yang ketawa.. Tiba-tiba badul menghampirinya dan bertanya…
Badul : “Pakcik ni memancing untuk apa?”
Atok : “Untuk makan”
Badul : “Oh.. kalau macam tu.. ayuh ikut saya makan.. saya belanja..”
Mulanya atok itu malu2 kemudian setelah di paksa akhirnya dia ikut aje…
Sambil makan si Badul bertanya..
Badul : “Pakcik mancing di paya tu ada ikan ke?”
Atok : “Oh ada”
Badul : “Biar betul pakcik nie.. dah berapa ekor dapat?”
Atok : “Kamu yang kelima”